Kementerian Pendidikan bercadang memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif (Sekolah K9) pada masa depan susulan kejayaannya mengurangkan keciciran murid Orang Asli, kata Timbalan Menteri Datuk Chong Sin Woon.
Katanya ini juga bagi memenuhi permintaan komuniti itu sendiri yang melihat kesan positif tentang sekolah K9.
"Kerajaan sentiasa memandang serius masalah keciciran pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas Program Jalinan Kasih bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Gebok di sini, hari ini.
Setakat ini, Sekolah K9 di Semenanjung ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, Lipis dan SK Paloh Inai, Pekan di Pahang; SK Pos Kemar, Gerik, Perak; SK Bukit Kemandol, Kuala Langat, Selangor dan SK Seri Sedohok, Kluang, Johor.
Di Sarawak pula ialah SK Long Bedian, SK Long Lamo, SK Keyok, SK Long Jakitan, SK Long Lamin serta SK Lusong Laku manakala SK Pensiangan, SK Bawang, SK Sabur, SK Buis dan SK Menanam di Sabah.
Mengulas lanjut, Chong berkata selain itu kementerian juga melatih guru dalam kalangan Orang Asli bagi mendekati dan memperkasa murid komuniti berkenaan.
"Kita tidak berhasrat mengubah Orang Asli ini menjadi seperti kita... kalau mereka biasa dengan kehidupan di kampung mereka, kita hormati cara mereka, tetapi kita mahu mereka mempunyai pendidikan yang sama seperti kita," katanya.
Menerusi model K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga dengan asrama harian disediakan bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.
Terdahulu, Chong menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 42 keluarga Orang Asli Kampung Gebok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017

Kementerian Pendidikan bercadang bercadang memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif (Sekolah K9) pada masa depan. - Foto fail Bernama.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kes ditampar cikgu: Timbalan Menteri Pendidikan mahu bertemu keluarga murid
Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang ditampar oleh Cikgu Azizan April lalu.

Kementerian Pendidikan garis enam inisiatif martabat Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan menggariskan enam inisiatif bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia menerusi sektor pendidikan.

Sekolah K9 akan diperluas pada masa depan - Timbalan Menteri
Kementerian Pendidikan bercadang memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif (Sekolah K9) pada masa depan susulan kejayaannya mengurangkan keciciran murid Orang Asli.

Peruntukan SJKC bagi 2016 selesai diagih akhir Mac ini
Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi 2016 akan selesai diagihkan kepada semua sekolah aliran itu pada akhir bulan ini.

Jalan Petaling bakal dijadikan lokasi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 dalam kalangan kaum Cina - MCA
Jalan Petaling di sini bakal dijadikan sebagai lokasi bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 dalam kalangan masyarakat Cina tahun ini, kata Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon.

Pihak sekolah diminta jalankan pemeriksaan dadah 'strawberry quick'
Pihak sekolah diminta menjalankan pemeriksaan di sekolah masing-masing mengenai dakwaan sejenis dadah terbaru iaitu gula-gula 'strawberry quick' yang dikatakan diedarkan di sekolah.

Pengiktirafan UEC: Dong Zong terima syarat KPM
Dong Zong bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan dalam usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Masalah kekurangan guru di SJKC kini telah diatasi
Masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara kini diatasi apabila kekosongan jawatan guru berkenaan telah diisi.