Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk menjadikan sekolah-sekolah pondok sebagai sebuah produk pelancongan baharu negara.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam.
"Kementerian dengan kerjasama Pusat Pelancongan Islam (ITC) sedang giat merangka pelbagai inisiatif dan strategi baharu dalam memperkasakan segmen pelancongan Islam dan pelancongan mesra Muslim di negara ini," katanya pada perasmian Persidangan Imam-Imam Kebangsaan 2019 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah ITC Datuk Seri Abdul Khani Daud.
Mohamaddin berkata sebanyak lima masjid di Malaysia dinobatkan sebagai 'Top 10 Best Landmark in Malaysia' di bawah anugerah TripAdvisor Traveller's Choice Awards sejak tahun 2016 sehingga kini, antaranya Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra (Putrajaya) dan Masjid Selat Melaka (Melaka).
Sementara itu, Abdul Khani berkata ITC sedang membuat kajian untuk mengenal pasti sekolah-sekolah pondok yang boleh diangkat menjadi satu produk pelancongan.
Katanya, sekolah pondok yang terpilih nanti harus menerima pelajar dari luar negara untuk jangka masa panjang atau pendek dan boleh menyediakan penginapan serta sukatan pelajaran tertentu yang boleh dipakejkan sebagai satu produk.
"Ini dapat meningkatkan ekonomi sekolah-sekolah pondok berkenaan," katanya dan menambah ITC juga sudah mengenal pasti 80 masjid di seluruh negara yang boleh dijadikan produk pelancongan.
Katanya, Malaysia mempunyai 6,480 masjid dan setiap tahun masjid-masjid ini menerima kunjungan pelancong yang ramai terutamanya Masjid Putra.
"Kita dengan kerjasama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jabatan Fatwa, sedang merangka satu garis panduan cara kita menerima pelancong untuk digunakan di semua masjid di seluruh Malaysia," katanya.
Beliau berkata satu garisan panduan yang seragam dapat digunakan oleh masjid-masjid ini dalam memberi maklumat berkenaan dengan masjid masing-masing kepada pelancong terutama kepada pelancong bukan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim. - Gambar fail/Astro AWANI

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi
Muslim World League akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

MKI tubuh empat jawatankuasa bagi perkasa pengurusan hal ehwal Islam
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, Muzakarah, Perundangan Islam dan Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.

Jakim teliti guru KAFA guna pelajar sebagai kandungan TikTok
Sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.

Adegan 'panas' drama 'Perempuan Itu': Pas sokong penuh tindakan JAKIM
Pas menyokong penuh penentangan keras JAKIM terhadap penyiaran video sedutan drama "Perempuan Itu" berbaur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'
Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan 'panas' yang bercanggah dengan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Jakim kaji kemungkinan guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka
Guru-guru KAFA dinasihat ambil vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.

Bantuan kepada rakyat Palestin dipergiat menerusi program Musa'adah 3.0 - Zulkifli
Pengagihan bantuan untuk rakyat Palestin di Malaysia dan yang berada di Palestin akan dipergiat di bawah program Musa'adah 3.0.

Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video
Jakim menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.

Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.

Jakim sedia pelan tindakan tangani isu daging seludup
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf.