PUTRAJAYA: Mahkamah Rasyuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tujuh sebatan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat koperal kerana memaksa rakan sekerjanya melakukan seks oral dan mencabul kehormatan wanita itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara.
Kamaludin, yang mempengerusikan panel itu, berkata hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Mohd Juhazei oleh Mahkamah Tinggi adalah munasabah kerana mahkamah tersebut sudah mengurangkan tempoh hukuman daripada 15 kepada 10 tahun.
"Awak bernasib baik kerana mereka (pendakwaan) tidak mengemukakan rayuan," katanya kepada Mohd Juhazei.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Juhazei, 35, melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah parkir di Setia Alam, Shah Alam, Selangor antara 9.30 dan 10 malam pada 3 Okt 2017.
Pada 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Mohd Juhazei bersalah atas kedua-dua pertuduhan serta menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan kerana melakukan seks di luar tabii serta penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi kesalahan mencabul kehormatan mangsa.
Mahkamah Tinggi pada 2020 telah menolak rayuan Mohd Juhazei terhadap sabitan namun membenarkan tempoh hukuman penjaranya dikurangkan.
Bagi kesalahan melakukan seks di luar tabii, hukuman penjara Mohd Juhazei dikurangkan kepada 10 tahun manakala bagi kesalahan mencabul kehormatan, tempoh hukuman penjara dikurangkan kepada lima tahun.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun mengekalkan hukuman tujuh sebatan ke atas tertuduh.
Mohd Juhazei diperintah menjalani hukuman penjara secara serentak dan ini bermakna dia hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.
Tertuduh diwakili peguam Charan Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim hadir bagi pihak pendakwaam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Insiden bom lempar: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata
Seorang anggota TUDM yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota TUDM semasa latihan menembak senjata dan bom lempar.
Seorang lagi jurulatih maut, TUDM tubuh Lembaga Siasatan
Koperal Udara Syuib Bidin meninggal dunia jam 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.
Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
TUDM mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar.
Seks oral, cabul kehormatan: Mahkamah rayuan kekal hukuman penjara, sebatan anggota TUDM
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara.
Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Mohd Husaini, yang dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang, meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Cameron Highlands
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat impak rempuhan dan meninggal dunia di tempat kejadian.