KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan kesihatan negara dianggarkan menjana sebanyak AS$240 bilion menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) Mohd Daud Mohd Arif.
Beliau berkata industri pelancongan kesihatan sangat besar dan potensinya untuk menjana sumber kewangan buat negara akan meningkat dari tahun ke tahun.
"Malaysia sendiri telah mengenal pasti pelancongan kesihatan sebagai satu sektor yang boleh meningkatkan pendapatan kepada negara terutama dari segi perkhidmatan eksport dengan kita dapat mengimbangkan eksport perkhidmatan dan juga eksport barangan.
"Daripada jumlah pendapatan yang kita jana ini, kita dapat lihat negara-negara lain juga terkejar-kejar untuk membangunkan sektor pelancongan kesihatan masing-masing dan Malaysia tidak mahu ketinggalan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Membina Semula Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia' di sini malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pesakit dari luar negara sentiasa dipantau dengan hanya membenarkan pesakit kritikal bersama seorang sahaja peneman manakala dua peneman dibenarkan untuk pesakit berusia 12 tahun ke bawah.
Menurutnya, negara menerima sejumlah 705 pelancong kesihatan yang melaksanakan rawatan di Malaysia bermula Julai 2020 hingga Disember 2021 bagi memastikan kesihatan rakyat dan pelancong kesihatan terjamin.
Mohd Daud berkata sektor tersebut tidak boleh ditutup sepenuhnya bagi mengelak pelancong kesihatan dari luar negara hilang kepercayaan terhadap sistem kesihatan di Malaysia selain untuk mengekalkan momentum sektor tersebut dalam merawat pesakit dari negara lain.
"Dengan ini, harapnya kita dapat meningkatkan keyakinan masyarakat global untuk menjalani rawatan di Malaysia sebagai destinasi yang sesuai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Malaysia menerima sejumlah 705 pelancong kesihatan yang melaksanakan rawatan di Malaysia bermula Julai 2020 hingga Disember 2021. -Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Sektor pelancongan kesihatan negara dianggar jana AS$240 bilion menjelang 2025
Sektor pelancongan kesihatan negara dianggarkan menjana sebanyak AS$240 bilion menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) Mohd Daud Mohd Arif.