SARIKEI: Sektor pembinaan di negara ini menghadapi kekurangan pekerja 3D (kotor, bahaya dan sukar) yang serius hingga menyebabkan beberapa projek besar tergendala, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata pihak kontraktor yang bergantung pada pekerja asing bagi kerja-kerja dalam kategori itu, menghadapi kesukaran untuk menepati jadual pembinaan, meskipun sektor pembinaan telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.
Projek Lebuh Raya Pan Borneo antara projek mega yang terkesan apabila beberapa Kontraktor Pakej Kerja (WPC) mungkin tidak dapat disiapkan menjelang September tahun depan, katanya.
"Warga tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D. Kita tidak mempunyai masalah dengan pekerja separuh mahir dan mahir, memandangkan warga tempatan boleh melakukan pekerjaan itu.
"(Namun) kita bergantung kepada buruh-buruh dari Indonesia, Bangladesh dan India untuk melakukan kerja-kerja 3D," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak WPC 06 Lebuh Raya Pan Borneo di Bintangor hari ini.
Bagaimanapun, menurut Fadillah, buat masa kini amat sukar untuk mendapatkan pekerja buruh dari negara-negara berkenaan ekoran ancaman varian Delta COVID-19.
Ini ditambah pula, dengan negeri-negeri lain termasuk Sarawak turut melaksanakan banyak projek sendiri, menyebabkan terdapatnya keperluan untuk mengambil ramai buruh asing bagi kedua-dua projek Kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Sarawak mempunyai garis panduan tersendiri bagi proses membawa masuk buruh asing, oleh itu kerajaan Pusat dan negeri perlu berbincang dan mencari jalan dalam perkara ini," katanya.
Mengakui masalah buruh yang dihadapi syarikat konsensi WPC Pan Borneo, Fadillah menggesa mereka untuk memberi fokus terhadap kerja utama iaitu pembinaan jalan raya supaya ia dapat disiapkan menjelang September tahun depan.
Skop kerja lain yang kurang penting boleh diselesaikan sebelum Disember 2022, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Sektor pembinaan di negara ini menghadapi kekurangan pekerja 3D yang serius hingga menyebabkan beberapa projek besar tergendala, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto BERNAMA
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Sektor pembinaan kekal pertumbuhan positif, naik 22.9 peratus kepada RM41.1 bilion pada suku ketiga - DOSM
Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Sektor pembinaan Malaysia melonjak lebih 20 peratus pada suku kedua 2024
Sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024, dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.
Harga barang binaan naik
Azman berkata, peningkatan tersebut boleh dikatakan tertinggi dalam sejarah, malah pembekal turut menetapkan harga-harga baharu sejak Isnin.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion
Industri pembinaan negara dijangka meningkat lima hingga enam peratus melibatkan nilai projek pembangunan sebanyak RM180 bilion pada tahun hadapan.
Sektor pembinaan Malaysia capai pertumbuhan memberangsangkan tahun ini - Menteri
Sektor pembinaan Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan tahun ini dengan 9,144 projek berjaya dilaksanakan sehingga September.
CIDB terima pengiktirafan antarabangsa untuk kakitangan binaan
CIDB menerima pensijilan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa/Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (ISO/IEC) 17024:2012 daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM.