KUALA LUMPUR: Sektor penerbangan Malaysia bersedia untuk meraih keuntungan pada 2023 berikutan trafik penumpang terus meningkat dalam keadaan harga bahan api jet menyusut manakala tambang penerbangan kekal tinggi, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
Bagaimanapun, bank pelaburan itu telah menyemak turun unjuran trafik penumpang (pax) yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada purata 78 peratus daripada paras sebelum COVID-19 pada 2023 iaitu 85 peratus domestik dan 70 peratus antarabangsa disebabkan penyambungan semula perkhidmatan pesawat AirAsia di Malaysia yang perlahan daripada jangkaan.
Sebelum ini, ia meramalkan trafik pax MAHB mencatat purata 90 peratus daripada paras sebelum COVID-19 pada 2023 dengan trafik penumpang domestik pulih sepenuhnya manakala segmen antarabangsa mencapai 80 peratus daripada paras sebelum COVID-19.
"Untuk jangka panjang, kami menjangka trafix pax domestik akan terus menerima dorongan bukan sahaja daripada pesawat Air Asia Malaysia yang kembali beroperasi, malah, menerusi perkhidmatan MYAirline yang diperluaskan," katanya.
Malah, ia juga yakin bahawa pengendali lapangan terbang itu akan meraih pulangan modal pada suku keempat 2022.
Maybank IB meramalkan Capital A Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah yang mengendalikan AirAsia akan terus mencatat jumlah penumpang yang semakin baik pada akhir tahun lepas, dipacu oleh 140 pesawat yang kembali beroperasi berbanding 103 pada akhir suku ketiga 2022.
"Pada 2023, kami menjangkakan jumlah penumpang Capital A akan pulih kepada 78 peratus daripada paras 2019, didorong oleh kesemua 200 pesawatnya yang kembali beroperasi menjelang akhir 2023," katanya.
Bank pelaburan itu berpendapat, cabaran utama sektor penerbangan Malaysia pada tahun ini ialah perkhidmatan pesawat yang diteruskan semula selepas terbiar semasa pandemik COVID-19.
Pada masa ini, terdapat lantukan di pusat penyelenggaraan, pembaikan dan operasi di seluruh dunia berikutan peningkatan permintaan untuk pesawat kembali meneruskan operasi, di samping kekurangan tenaga kerja dan alat ganti, katanya.
Satu lagi pemangkin kepada sektor penerbangan Malaysia tahun ini adalah pembukaan semula sempadan China yang boleh meningkatkan lagi momentum pemulihan.
Bagaimanapun, Maybank IB menjangka tidak ramai pelancong China melawat Malaysia pada 2023, antaranya berikutan negara itu masih bergelut dengan gelombang Omicron, keperluan kepada ujian PCR yang negatif sebelum pulang ke China serta pesawat AirAsia Malaysia yang belum beroperasi sepenuhnya.
"Pada masa depan, kami mengandaikan AirAsia Malaysia dan AirAsia Philippines akan menyambung semula penerbangan ke China menjelang 2024 manakala operasi MAHB di Malaysia pula bakal menyambut ketibaan hanya sebanyak 1.3 juta pelancong China atau dua pertiga daripada paras sebelum COVID-19 pada 2024," katanya.
Maybank IB mengekalkan saranan "beli" kepada MAHB dan Capital A.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Antara pemangkin kepada sektor penerbangan Malaysia tahun ini adalah pembukaan semula sempadan China yang boleh meningkatkan lagi momentum pemulihan.- Fail/REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tahukah anda berapa kerugian lapangan terbang UK setiap minit akibat COVID-19?
Sekatan perjalanan antarabangsa akibat COVID-19 menyaksikan kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh negara berdepan situasi sukar.