KUALA LUMPUR: Sektor pengembaraan dan pelancongan dunia dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 30.7 peratus tahun ini, didorong terutamanya oleh perbelanjaan di peringkat domestik.
Menurut Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC), pemulihan sektor terbabit bagaimanapun dijangka kekal perlahan berikutan kekurangan penyelarasan di peringkat antarabangsa, sekatan perjalanan yang ketara serta tahap pemberian vaksin COVID-19 yang masih berkurangan di beberapa bahagian dunia.
"Walaupun ekonomi global dijangka menerima sumbangan dalam bentuk peningkatan sederhana 30.7 peratus daripada aktiviti pengembaraan dan pelancongan bagi tahun ini, jumlah itu hanya mewakili nilai sebanyak US$1.4 trilion (US$1=RM4.18)," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut WTTC, sektor pengembaraan dan pelancongan terbukti menjana hampir US$9.2 trilion kepada ekonomi global pada 2019 namun pandemik pada 2020 telah menyebabkan aktiviti berkaitan hampir terhenti dengan penyusutan sebanyak 49.1 peratus atau menyebabkan kerugian berjumlah hampir US$4.5 trilion.
"Pada tahun lepas, WTTC telah mendedahkan kehilangan besar sejumlah 62 juta pekerjaan dalam sektor itu di serata dunia. Jika berdasarkan tahap pemulihan semasa, jumlah pekerjaan itu dijangka meningkat hanya 0.7 peratus tahun ini," katanya.
Kajian juga menunjukkan sumbangan industri kepada ekonomi global dijangka mencatat peningkatan serupa sebanyak 31.7 peratus tahun ke tahun pada 2022 dengan kadar pemulihan semasa dan potensi pekerjaan meningkat 18 peratus di serata sektor pada tahun depan.
WTTC juga menyarankan kepada kerajaan di serata dunia untuk membenarkan pengembara yang telah mendapat vaksin lengkap untuk melakukan pergerakan secara bebas, tanpa mengambil kira negara asal atau destinasi mereka selain menghapuskan sistem berperingkat yang kompleks bagi membolehkan sektor itu dapat menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global serta meningkatkan jumlah pekerjaan.
"Kerajaan-kerajaan terbabit juga perlu melaksanakan penyelesaian digital yang membolehkan semua pengembara membuktikan status COVID mereka dengan mudah, sekali gus mempercepat proses di sempadan dan mengiktiraf semua vaksin yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mana-mana Pihak Berkuasa Kawal Selia Ketat (SRA)," katanya.
Selain itu, WTTC turut mencadangkan supaya satu perjanjian melibatkan semua pihak berwajib diwujudkan dengan menyatakan bahawa perjalanan antarabangsa adalah selamat dan berserta protokol kesihatan dan keselamatan yang dipertingkat.
Menurutnya, data menunjukkan jika semua ketetapan itu dipatuhi sebelum akhir 2021, ini dapat memberi impak besar ke atas ekonomi global dan aspek pekerjaan.
Malah, sumbangan sektor tersebut ke atas ekonomi global mampu melonjak sebanyak 37.5 peratus dan mencecah US$6.4 trilion tahun ini berbanding US$4.7 trilion pada 2020.
WTTC berkata masih terdapat harapan untuk kerajaan-kerajaan mengembalikan hampir 19 juta pekerjaan sebelum akhir tahun ini sekiranya langkah menarik balik sekatan pergerakan dilaksanakan menerusi kerjasama di peringkat antarabangsa.
"Aliran itu akan berterusan sehingga ke tahun depan apabila sumbangan sektor pengembaraan dan pelancongan kepada ekonomi global dapat mencatat peningkatan 34 peratus tahun ke tahun yang mencecah US$8.6 trilion dan menghampiri angka pada 2019 iaitu tahun rekod bagi sektor itu.
"Pada masa sama, jumlah pekerjaan juga boleh melepasi paras 2019 iaitu meningkat 20.1 peratus tahun ke tahun kepada lebih 349 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
![Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633647118_menarakualalumpur.jpg)
Warga kota meluangkan masa mengunjungi lokasi-lokasi pelancongan ketika tinjauan sempena pelaksanaan PPN Fasa Tiga di sekitar Kuala Lumpur, 2 Okt, 2021. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![Tempahan penerbangan antarabangsa tunjuk trend peningkatan - Laporan Tempahan penerbangan antarabangsa tunjuk trend peningkatan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635998093_flight.jpg)
Tempahan penerbangan antarabangsa tunjuk trend peningkatan - Laporan
Lantunan tempahan telah didedahkan pada Sidang Kemuncak Dunia ke-21 WTTC, yang berlangsung tahun ini di Manila.
![Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633647118_menarakualalumpur.jpg)
Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC
Pemulihan sektor pengembaraan dan pelancongan dunia bagaimanapun dijangka kekal perlahan.