KUALA LUMPUR: Institusi kewangan digesa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan organisasi awam untuk mewujudkan perkongsian bagi memacu pembangunan mampan dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi hijau.
Dalam membuat seruan itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerjasama industri merupakan instrumen paling berkuasa untuk menyokong matlamat Malaysia itu, justeru, sektor perbankan perlu menyedari akan peranannya sebagai pemangkin bagi perubahan tersebut.
Sektor perbankan memiliki kuasa kewangan yang amat besar, berupaya memacu keputusan pelaburan ke arah alternatif lebih hijau, katanya.
"Dengan memasukkan projek tenaga mampan ke dalam portfolio pinjaman mereka, institusi kewangan boleh memberi insentif dan menggalakkan pembangunan infrastruktur tenaga bersih.
"Ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tersebut dengan menyediakan kepada perniagaan dan individu modal yang diperlukan untuk meneruskan inisiatif tenaga boleh baharu (TBB).
"Sememangnya, dengan menyokong projek sedemikian, bank sebenarnya 'mengundi' bagi kemampanan dan kelaknya akan membawa masa depan yang lebih baik kepada Malaysia," katanya pada Persidangan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Antarabangsa bertajuk "Shaping Today For Tomorrow' di sini, hari ini.
Nik Nazmi berkata bank-bank boleh memupuk budaya bertanggungjawab terhadap alam sekitar, menggalakkan perniagaan dan individu untuk beralih kepada sumber TBB, yang boleh termasuk menawarkan insentif kewangan untuk pemasangan TBB dan projek cekap tenaga.
Beliau juga berkata kerjasama antara sektor perbankan dan kerajaan adalah penting dalam memastikan peralihan tenaga yang berjaya kerana negara menyasar memiliki kapasiti TBB sehingga 70 peratus menjelang 2050.
"Dengan bekerjasama, kita boleh membangun dan melaksanakan dasar kewangan dan rangka kerja kawal selia yang menyokong pelaburan tenaga bersih.
"Kerjasama ini juga boleh membantu menangani sebarang kemungkinan halangan kewangan yang mungkin menghalang penggunaan teknologi TBB," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Nik Nazmi memberitahu pemberita kemudiannya bahawa fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir bulan ini.
Beliau berkata Fasa 2 akan memberi lebih tumpuan kepada dasar yang lebih luas untuk melengkapkan Fasa 1, yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada 27 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerjasama industri merupakan instrumen paling berkuasa untuk menyokong matlamat Malaysia itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024
Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran tiga bank itu catat peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.

Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB
Ling berkata, adalah penting untuk tenaga kerja memberi tumpuan kepada pembelajaran berterusan, peningkatan kemahiran dan memupuk kemahiran semula.

Belanjawan 2024: Keseimbangan antara sokong ekonomi domestik, tanggungjawab fiskal dan kesejahteraan rakyat
Belanjawan 2024 sebagai memberikan keseimbangan yang baik antara mengekalkan sokongan yang mencukupi untuk ekonomi domestik dalam persekitaran cabaran luaran yang berterusan.

CTOS IDGuard bantu cegah penipuan lebih RM300 juta dalam sektor perbankan
CTOS IDGuard telah membantu mencegah permohonan yang berpotensi menipu bernilai RM319 juta dalam sektor perbankan sejak 2020.

Sektor perbankan pemangkin bagi perubahan ke arah ekonomi hijau - Nik NAzmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerjasama industri merupakan instrumen paling berkuasa untuk menyokong matlamat Malaysia itu.

Bank disaran terus bantu PKS yang memerlukan - PM Anwar
PM ingatkan industri perbankan mereka memainkan peranan yang penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi pascapandemik.

Bank masih dapat manfaat kitaran naik kadar faedah - Penganalisis
Kenanga Research, yang mengekalkan pendirian "overweight" terhadap sektor itu, berkata saham perbankan akan kekal berdaya tahan.

AmInvestment kekal pendirian 'Overweight' terhadap sektor perbankan
AmInvestment meletakkan RHB Bank dengan nilai saksama sebanyak RM6.90 sesaham, Maybank (RM9.90/saham) dan Kumpulan CIMB (RM6.20/saham).

Penganalisis optimis dengan sektor perbankan, namun berhati-hati dengan situasi pandemik
Menurut penganalisis, bank-bank mengambil peruntukan berhati-hati terhadap permohonan URUS yang dibuka pertengahan November lalu.

CGS-CIMB jangka penggunaan kad kredit kembali pulih, kekal saranan 'overweight' ke atas bank
Ini sekali gus akan menjadi antara pemacu bagi pertumbuhan pendapatan bank pada tahun kewangan 2022.