KUALA LUMPUR: Prestasi sektor perkhidmatan pada suku ketiga 2021 merekodkan hasil sebanyak RM391.0 bilion atau pertumbuhan negatif 8.7 peratus tahun ke tahun, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Menerusi Perangkaan Perkhidmatan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2021, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan itu disumbangkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman selain penginapan, yang susut 9.5 peratus kepada RM313.3 bilion.
Ini diikuti segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta dan kesenian, hiburan dan rekreasi, yang turun 21.4 peratus kepada RM10.9 bilion.
"Perbandingan prestasi mengikut subsektor memperlihatkan subsektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan kejatuhan yang tertinggi dengan penurunan sebanyak RM30.2 bilion atau 9.1 peratus tahun ke tahun.
"Ini diikuti oleh subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi dan pengangkutan dan penyimpanan, masing-masing merosot 80.6 peratus atau dan 12.3 peratus kepada RM0.7 bilion dan RM21.3 bilion pada suku ketiga 2021," kata Mohd Uzir.
Sementara itu, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, jumlah hasil pada suku ketiga 2021 juga merosot 3.3 peratus dengan penurunan sebanyak RM13.5 bilion. Penurunan ini turut didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit dan kesenian, hiburan dan rekreasi, masing-masing merosot 3.4 peratus dan 66.4 peratus.
Jumlah pekerja dalam sektor ini ialah 3.7 juta orang, turun sebanyak 32,334 orang atau 0.9 peratus tahun ke tahun.
Kejatuhan ini disumbangkan oleh subsektor makanan dan minuman dengan penurunan sebanyak 11,548 orang atau 1.4 peratus, diikuti subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi yang susut sebanyak 8,176 orang atau 18.8 peratus.
"Bagaimanapun, jumlah pekerja meningkat 1.0 peratus suku tahun ke suku tahun atau meningkat sebanyak 34,663 orang berbanding suku tahun sebelumnya," tambahnya.
Mohd Uzir berkata gaji dan upah yang dibayar juga mencatatkan penurunan sebanyak RM630.8 juta, jatuh 2.6 peratus tahun ke tahun.
Penurunan itu disebabkan oleh penguncupan dalam subsektor pengangkutan dan penyimpanan, susut 7.9 peratus kepada RM2.3 bilion dan diiringi oleh subsektor maklumat dan komunikasi, menurun 7.7 peratus kepada RM2.1 bilion.
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, gaji dan upah mencatatkan peningkatan 1.8 peratus kepada RM24.1 bilion pada suku ketiga 2021.
"Prestasi sektor perkhidmatan yang lemah pada suku ketiga 2021 menunjukkan Malaysia masih bertarung dengan kesan pandemik COVID-19.
"Namun begitu, pelaksanaan Program Vaksinasi Kebangsaan yang giat dijalankan serta persediaan negara untuk menghadapi peralihan endemik COVID-19 dijangka dapat memulihkan ekonomi pada suku tahun akan datang, membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi sepenuhnya." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Mohd Uzir berkata penurunan itu disumbangkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman selain penginapan, yang susut 9.5 peratus kepada RM313.3 bilion. - DOSM

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Mohamed Nazri telah jalankan tugas sebagai duta dengan baik - Kamil
Bekas Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington.

Indonesia mula laksana cukai 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah
Langkah ini meyakinkan orang ramai, yang sebelum ini bimbang kenaikan itu turut dikenakan ke atas keperluan asas.

KSN ajak 1.3 juta penjawat awam berganding bahu jadikan perkhidmatan unggul, cekap dan tangkas
Shamsul Azri berharap segala perancangan dan agenda reformasi perkhidmatan awam yang telah direncanakan berjalan dengan jayanya.

Malaysia tingkatkan AI sebagai pemangkin kepada pertumbuhan mampan - TPM Fadillah
AI berkuasa untuk menambah baik dalam membuat keputusan, mengurangkan risiko dan menawarkan perkhidmatan yang diperibadikan pada skala global.

Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.

Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji
Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.

Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.

Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.