KUALA LUMPUR: Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas.
Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, berkata mereka ialah "Eyna, Aida dan Balqis" yang tinggal bersama Siti Bainun dan Bella semasa kejadian itu berlaku.
Saksi pendakwaan pertama itu, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.
Mohammad Farhan: Selain Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood) dalam pengetahuan anda, tidak ada seorang pun yang pernah nampak Siti Bainun mendera Bella.
Zurianty: Tidak setuju.
Mohammad Farhan: Maksudnya, puan tahu wujudnya individu lain selain Yasmin yang nampak Siti Bainun mendera Bella.
Zurianty: Ya
Yasmin dalam keterangan sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau nampak Siti Bainun telah mendera Bella setiap hari sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.
Menjawab soalan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan, saksi berkata beliau mengenali aktivis bernama Mona Din dan pernah berkomunikasi dengan wanita itu buat kali pertama di Facebook.
Zurianty berkata beliau terkejut video kecederaan Bella ditularkan oleh aktivis berkenaan di Facebook dan beliau tidak pernah memberikan video berkenaan kepada Mona Din serta tidak menyokong tindakan wanita itu menularkan kes tersebut di media sosial.
Bagaimanapun, Zurianty mengakui beliau ada memasukkan hantaran berkenaan kes Bella di Facebook miliknya.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Siti Bainun (gambar) menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.

Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Tindakan Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.

Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.

Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu mahkamah bahawa dakwaan dia telah mendera Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok
Bella akan menyambung keterangannya esok dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.