Di akaun Instagram Istana Negara misalnya, ucapan selamat hari lahir dititipkan oleh orang ramai yang mendoakan Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia serta dirahmati Allah SWT.
Permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.
![Astro AWANI ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun keputeraan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.](http://img.astroawani.com/2019-08/51564993393_freesize.jpg)
Baginda merupakan puteri ketiga kepada pasangan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail bersama Almarhum Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.
Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris mempunyai empat orang adik-beradik.
Kekanda Tunku Azizah merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.
Tunku Azizah merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5.
Pada 30 Julai lalu, telah berlangsung Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung dengan penuh kesantunan dalam suasana gilang-gemilang.
Sepanjang Istiadat Pertabalan itu, rakyat jelata memberikan tumpuan yang sepenuhya pada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Tunku Azizah Aminah daripada kami di Astro AWANI.
BACA: Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
BACA: