KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara susulan pembukaan sempadan negara selaras dengan 'Fasa Peralihan ke Endemik' yang bermula hari ini.
Perdana Menteri turut berkongsi perasaan gembiranya dan bersyukur apabila melihat pelbagai hantaran di media sosial Keluarga Malaysia yang sangat gembira dapat pulang ke Malaysia hari ini.
Beliau menyifatkan Fasa Peralihan ke Endemik itu membawa kegembiraan kepada seluruh Keluarga Malaysia, dan ia dapat menyatukan semula hubungan kasih sayang yang terpisah jauh, termasuk rakyat negara ini yang berada di Singapura.
"Setelah hampir lebih dua tahun kita berperang dengan pandemik COVID-19 dan ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga, hari ini 1 April 2022, Malaysia berjaya membuka sempadan negara.
"Selamat kembali ke tanah air, Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Tepat 12 tengah malam tadi, kesemua pintu sempadan antarabangsa Malaysia dibuka selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik yang berkuat kuasa hari ini.
Pembukaan sempadan itu menyaksikan rakyat Malaysia khususnya di Singapura, pulang ke tanah air, malah detik bersejarah itu dikongsikan ramai pengguna media sosial yang rata-rata sebak dan terharu dapat kembali ke kampung halaman masing-masing.
Negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik mulai hari ini dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Perdana Menteri turut berkongsi perasaan gembiranya dan bersyukur melihat pelbagai hantaran di media sosial yang sangat gembira dapat pulang ke Malaysia hari ini. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.

Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.

Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.

Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.

Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.

Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.

Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.

Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.