Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd (PHREC) untuk menghentikan sementara projek waktu pembinaan stesen hidro elektrik mini di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata selain melibatkan isu tanah, penduduk Orang Asli turut khuatir mata pencarian mereka di kawasan sungai akan terjejas termasuk kepupusan spesis ikan kelah.
"Apabila saya turun selepas dapat aduan Orang Asli khususnya di Pos Bersih, saya tengok sungai sudah jadi macam teh susu.
"Apabila saya dengar PHREC sanggup tangguh projek ini supaya satu kajian terperinci terhadap impak projek itu kepada ekosistem, saya amat berterima kasih kepada PHREC. Ini menunjukkan syarikat itu mendengar luahan hati masyarakat penduduk Orang Asli.
BACA: PHREC henti sementara pembinaan stesen hidro elektrik mini Ulu Slim
"Ini kerana, sungai itu adalah salah satu kawasan di mana wujudnya ikan kelah. Kita tahu, spesis ikan kelah semakin pupus dan sebab itu masyarakat Orang Asli bimbang dan mereka tidak mahu kehilangan warisan mereka," katanya ketika ditemui media di sini semalam.
Dalam pertemuan bersama media semalam, PHREC memaklumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan sementara projek tersebut di Ulu Slim dalam mengambil kira pandangan dan kekhuatiran Orang Asli.
Selain di Ulu Slim, terdapat dua lagi projek pembinaan stesen hidro elektrik mini iaitu di Kerian dan Gopeng di mana status kedua-dua projek itu berjalan seperti dirancangkan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 07 2018

Rusnah berkata penduduk Orang Asli turut khuatir mata pencarian mereka di kawasan sungai akan terjejas termasuk kepupusan spesis ikan kelah. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Selamatkan ikan kelah, Perak sambut baik keputusan PHREC
Rusnah berkata penduduk Orang Asli turut khuatir mata pencarian mereka di kawasan sungai akan terjejas termasuk kepupusan spesis ikan kelah.