Suspek yang mencuri sebuah televisyen di kiosk sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini pada awal Jun lalu akhirnya berjaya diberkas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata hasil maklumat dan risikan yang dilakukan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) berjaya mengesan suspek di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya di sini awal pagi semalam.
“Serbuan yang dilakukan jam 1.30 pagi berjaya menahan suspek di rumah berkenaan dan soal siasat yang dilakukan suspek mengakui terlibat dengan kejadian berkenaan dan menjual televisyen berkenaan kepada individu tidak dikenali di Butterworth dengan harga RM200.
“Semakan dibuat mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak luar jangkaan apabila mencuri sebuah televisyen di kios menjual kerusi urut di sebuah pasar raya tersebut.
Bagaimanapun tindakan suspek bakal mengundang padah apabila aksi ‘beraninya’ itu berjaya dikesan kamera litar tertutup yang dipasang di kios tersebut.
Nik Ros Azhan sebelum ini berkata, kehilangan televisyen tersebut disedari jurujual kiosk terbabit yang ketika itu baru hendak memulakan perniagaan.
“Jurujual kiosk terbabit ketika itu baru hendak memulakan perniagaan, dan tersedar akan kehilangan televisyen yang digunakan untuk mempamerkan iklan produk barangan yang dijual.
“Televisyen tersebut dipasang di dinding ruang pameran kedai tersebut dan tanpa diduga suspek membawa lari televisyen tersebut,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jul 01 2018

Suspek yang mencuri sebuah televisyen di kiosk sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini pada awal Jun lalu akhirnya berjaya diberkas. -Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan
Tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.

Selamba curi televisyen di pasar raya, suspek akhirnya diberkas
Kehilangan televisyen tersebut disedari jurujual kiosk terbabit yang ketika itu baru hendak memulakan perniagaan.

Janin ditemui tersangkut pada jeriji perangkap sampah
Janin itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat tersebut kira-kira jam 11.45 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di loji berkenaan.