KUALA LUMPUR: Selangor sedang merangka pelan pembangunan kawasan industri semikonduktor bagi menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak pekerja berkemahiran.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini termasuk pembangunan taman semikonduktor yang kini dalam proses penelitian oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
"Taman berkenaan akan dibangunkan di kawasan baharu. Kita sedang mengenal pasti keperluannya kerana perlu menepati ciri-ciri untuk mengisi keperluan industri semikonduktor," katanya kepada wartawan pada majlis makan tengahari sempena penganjuran SEMICON Southeast Asia 2024 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Amirudin berkata sektor semikonduktor telah bertapak di Selangor sejak 1970-an dan pengembangan ekosistem terbabit sedang giat diusahakan sejak tahun lepas bagi memanfaatkan permintaan tinggi terhadap produk berkaitan.
Malah, antara pemain yang bertapak sejak beberapa dekad di Selangor adalah syarikat Amerika Syarikat Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd dan NXP Malaysia Sdn Bhd.
"Semikonduktor merupakan sektor dengan pelaburan besar dan menumpukan beberapa tempat seperti Taman Kulim Hi-Tech (Kedah), Sarawak, Pulau Pinang selain di Singapura.
"Sejajar dengan keterujaan ramai terhadap kecerdasan buatan (AI), saya percaya ia mempunyai pasaran amat luas di samping pergerakan (peralihan) syarikat-syarikat China yang mencari tapak di lokasi luar akibat isu perdagangan," katanya.
Terdahulu ketika berucap, Amirudin berkata penglibatan Selangor dalam reka bentuk litar bersepadu (IC) bertujuan melonjakkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai daripada sekadar pemain kepada pemain strategik dalam ekosistem lebih luas.
"Inisiatif ini bertujuan melatih lebih daripada 300 jurutera dan kita juga telah mendapat minat pengendali utama. Namun, masih ada peluang keemasan lain yang boleh kita wujudkan kerjasama," katanya.
Pada masa ini terdapat enam taman perindustrian baharu melibatkan kawasan seluas 1,214 hektar yang sedang dibangunkan di Selangor mengikut garis panduan terkini Taman Perindustrian Terurus Selangor (MIP).
Garis panduan MIP itu menetapkan taman perindustrian baharu dibangunkan dengan ciri-ciri teknologi maju seperti pengurus taman perindustrian khusus, memaparkan keperluan semasa untuk taman perindustrian antarabangsa dan pada masa sama menekankan alam sekitar, sosial dan tadbir urus sesuai untuk industri semikonduktor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Amirudin berkata sektor semikonduktor telah bertapak di Selangor sejak 1970-an dan pengembangan ekosistem terbabit sedang giat diusahakan. - Gambar fail/Bernama

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.

Selangor bakal bangunkan kawasan industri semikonduktor, tarik lebih banyak pelabur
Selangor sedang merangka pelan pembangunan kawasan industri semikonduktor bagi menarik lebih banyak pelaburan.

Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.

Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi
Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jelajah Madani Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini
Siri Jelajah Madani peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Feb di Stadium Kuala Selangor, Shah Alam.

Kaedah penanaman padi di Sekinchan diperluas ke kawasan lain - Amirudin
Kaedah penanaman dan penjagaan padi di Sekinchan, Sabak Bernam akan diperluas ke kawasan penanaman padi lain di Selangor.

MB sifatkan Belanjawan 2024 bantu pembangunan negeri, laksana inisiatif dirancang
Belanjawan 2024 dilihat memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya untuk pembangunan negeri dan negara.

Selangor perkasa PBT, tumpu isu kesihatan awam
Selangor sedang meneliti untuk memperkasakan setiap PBT di negeri itu bagi memberikan tumpuan yang lebih kepada isu-isu berkait kesihatan awam.