SHAH ALAM: Selangor kini mencari teknologi terbaik dan sesuai bagi penanaman jagung dalam usaha mengurangkan kebergantungan negeri itu terhadap eksport luar negara.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata Malaysia memerlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus yang berjaya ditanam.
"Kita akan buat di tanah seluas 300 ekar di Kuala Langat dan akan mencari tanah lain yang sesuai dalam negeri ini. Kita sudah jumpa benih yang sesuai.
"Sekarang ini, teknologi penanaman jagung bukan pertanian biasa. Di negara luar, 500 ekar dikira kecil kerana mereka tanam jagung di tanah seluas 1,000 ekar dan ke atas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buah-Buahan Selangor di SACC Mall di sini pada Sabtu.
Beliau berkata Kuala Langat bakal menjadi projek rintis dan diuruskan melalui proses penjenteraan, bukan penanaman secara manual.
Izham berkata pihaknya akan memfokus kepada tanaman yang mendapat permintaan tinggi supaya tiada isu lambakan kerana tidak boleh dijual.
"Jagung ini sudah ada pasaran sendiri... jadi jika pasarannya sudah pasti, kita fokus sahaja yang itu. Tidaklah ada isu lambakan barangan tanaman atau produk tidak boleh dijual dan sebagainya, kita tahu mana produk yang boleh dijual," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengembalikan program Pesta Agro Selangor yang tertangguh sebelum ini akibat pandemik COVID-19.
"Kita akan mulakan semula Pesta Agro yang menghimpunkan semua usahawan dalam bidang pertanian dan industri asas tani di Selangor. Saya jangka kita akan buat pada 2025.
"Ini adalah usaha kita dalam mempromosi dan memasarkan produk bernilai tinggi keluaran Selangor selain produk hiliran. Ia selaras dengan dasar Pelan Transfomasi Agro Selangor (PETA) yang berhasrat memasarkan produk bernilai tinggi bagi menambah pendapatan warga tani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Malaysia perlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus berjaya ditanam. - Gambar hiasan

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Selangor cari teknologi terbaik bagi penanaman jagung
Malaysia perlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus berjaya ditanam.

Kerajaan komited kurangkan kebergantungan jagung bijian import
Kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran domestk dengan mengukuhkan program pembangunan komoditi itu.

MAFI rancang tanam jagung berskala besar, bendung kenaikan harga makanan ternakan - Zawawi
Kerajaan juga akan membina kilang bagi memproses bekalan makanan sendiri menerusi kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Sektor penternakan telur ayam terjejas akibat COVID-19 - Persatuan
Wabak berkenaan menyebabkan permintaan terhadap telur ayam berkurang manakala harga dedak iaitu jagung dan soya yang diimport dari luar negara meningkat kira-kira 30 peratus.

Petani bimbang kehadiran ulat ratus serang tanaman
Ulat berkenaan yang akan bertukar menjadi kupu-kupu, dikatakan mampu terbang jauh dan melepasi sempadan negara lain.

Bekalan telur ayam di Kedah berkurangan, namun mencukupi - Exco
Kekurangan bekalan dipercayai berpunca daripada beberapa faktor termasuk kadar kematian ayam yang tinggi pada musim ini yang menjejaskan pengeluaran telur, serta kos kenaikan kos makanan ayam.

'Jagung Donald Trump' PBB laris
Penjual jagung yang mahu dikenali sebagai PBB iaitu Putit Bin Busrah, 55, mengambil kesempatan menjual jagung di hadapan pusat pembuangan undi di Dewan Serbaguna Kampung Lintang Kuching.

Boleh jimat RM3.2 bilion jika tanam jagung dalam negara
Ketika ini negara membelanjakan RM3.2 bilion untuk mengimport tiga juta tan metrik (mt) jagung setiap tahun bagi menampung keperluan permintaan dalam negara.