SHAH ALAM: Selangor perlu menjadi salah sebuah negeri yang berperanan sebagai kubu kuat Kerajaan Perpaduan berdasarkan faktor prestasi dan komitmen negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Selangor merupakan negeri kedua yang mempamerkan prestasi cemerlang selepas Sarawak, namun kedudukan itu wajar ditambah baik dan berterusan untuk dijadikan contoh.
"Penjawat awam punya peranan kena terangkan bukan kerana sentimen atau jaminan upah, tetapi kerana anda yakin (Selangor) ini negeri yang mencatat kemajuan yang terbaik, selain daripada Sarawak.
"Walaupun prestasi Selangor sudah baik, ia mesti ditambah baik untuk dijadikan contoh. Bukan contoh minum air selut, contoh untuk rakyat itu penting. Ada juga catuan air di Selangor tetapi lebih baik berbanding Kedah Terengganu dan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Anwar turut memberikan mesej yang jelas kepada penjawat awam berhubung tatakelola yang baik termasuk usaha untuk menepis amalan rasuah.
"Saya tidak mahu tolak ansur, kerana pemimpin negara lalu yang rosak kerana roboh dan tamak haloba curi duit rakyat.
"Jika ada projek yang besar, saya lihat penjawat awam kita berkemampuan tidak perlu lagi melalui konsultan, bila ada projek ratusan juta ringgit, masuk tender tiada lagi perbincangan atau rundingan tepi," katanya lagi.
Ujar Anwar lagi, kuasa yang diperolehi ketika ini bertujuan untuk menyelamatkan negara daripada perbuatan salah laku sesetengah pihak selain usaha untuk mengembalikan semula wang rakyat hasil keuntungan negara.
Mengulas mengenai kenaikan gaji penjawat awam, ekonomi negara katanya telah menunjukkan kedudukan yang semakin positif dan jika ia berkekalan maka perkara itu bukanlah satu perkara yang mustahil.
"Penjawat awam menjadi tunggak kepada kejayaan negara. Sebaik sahaja ekonomi pulih sedikit, sekarang pertumbuhan lebih baik daripada China, Indonesia dan Singapura. Kalau ini dapat diteruskan saya akan naikkan gaji dan elaun penjawat awam," ujarnya.
Matlamat itu tambahnya lagi hanya boleh dicapai sekiranya ia selari dengan prestasi penjawat awam yang cemerlang.
Hilmi Malik
Mon Jun 12 2023

Anwar berucap pada sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.