SELANGOR merekodkan lokaliti aktif atau hot spot denggi tertinggi di negara ini.
Sebanyak 174 atau 64 peratus daripada 274 lokaliti aktif di seluruh negara sehingga 20 Feb lalu adalah di negeri itu.
Ini diikuti Johor (66), Terengganu (10), Pulau Pinang (tujuh), Sabah (enam), Putrajaya, Kuala Lumpur dan Perak (masing-masing empat), Negeri Sembilan (dua) dan Sarawak (satu), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam blognya.
Sementara itu, mengikut laman sesawang kementerian itu, iDengue, antara kawasan hot spot di Selangor ialah di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Gombak.
Mengulas perkara itu, Ketua Sektor Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin, berkata Selangor mempunyai lokaliti aktif terbanyak kerana didorong kepadatan penduduk dan kegagalan menjaga kebersihan di tempat-tempat risiko termasuk kawasan kediaman, tapak binaan dan kawasan tumpuan awam seperti taman rekreasi.
Sementara itu di GEORGE TOWN, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata sistem penggredan rumah akan dilaksanakan bagi mengenal pasti kediaman yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.
"Rumah yang didapati tiada tempat pembiakan jentik-jentik akan diberi gred A, gred B bagi yang ada satu tempat pembiakan manakala gred C untuk yang ada dua tempat pembiakan jentik-jentik.
"Bagi rumah yang mempunyai lebih daripada dua tempat pembiakan jentik-jentik akan diberi gred D dan gred E bagi rumah yang didapati ada jentik-jentik peringkat pupa," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Dr Afif berkata kerajaan negeri juga telah melakukan pelbagai inisiatif antaranya mengadakan taklimat untuk semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), di samping akan melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan askar untuk membantu mencegah denggi.
"Koordinasi akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan negeri yang akan melibatkan usaha, promosi serta pemeriksaan berkala dari rumah ke rumah dan juga taman-taman," katanya.
Di ALOR SETAR, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sebanyak 17 kes demam denggi dan satu kematian dicatatkan di negeri ini bagi tempoh 14 hingga 20 Feb lepas.
Beliau berkata ini merupakan peningkatan kes sebanyak 70 peratus berbanding minggu keenam pada 7 hingga 13 Feb lepas.
Satu kes kematian akibat denggi itu membabitkan seorang wanita berumur 65 tahun dari Taman Sri Putra, Sungai Petani yang meninggal dunia pada 19 Feb, katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Norhizan berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 20 Feb lepas, statistik menunjukkan jumlah kes demam denggi mencatatkan peningkatan di daerah Baling, Kuala Muda dan Pendang manakala daerah lain mencatatkan penurunan, sementara sifar kes di Sik dan Langkawi.
Katanya sebanyak 341 kompaun dengan nilai RM170,500 telah dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 62 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.
Di KANGAR, tiada kes demam denggi/demam denggi berdarah direkodkan di Perlis sepanjang minggu ketujuh dari 14 sehingga 20 Feb lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin berkata secara kumulatif sehingga minggu ketujuh tahun ini, jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah adalah sebanyak 43 kes iaitu penurunan sebanyak 38 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015.
Daripada 568 tempat yang diperiksa bagi pembiakan aedes di 16 kawasan di seluruh negeri, enam premis didapati positif pembiakan aedes, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata tiga kawasan turut dikenal pasti mempunyai indeks pembiakan aedes yang tinggi dan berpotensi berlaku wabak demam denggi iaitu Projek Perumahan Rakyat (RPA) di sini, Taman Emas di Beseri dan Felda Mata Ayer di Titi Tinggi.
Bernama
Fri Feb 26 2016

Sebanyak 174 atau 64 peratus daripada 274 lokaliti aktif di seluruh negara sehingga 20 Feb lalu adalah di negeri itu.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan dua bekas ADUN P. Pinang cabar usul kosongkan kerusi
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan dua bekas ADUN Pulau Pinang yang memohon kebenaran merayu keputusan berhubung kesahihan usul diluluskan DUN itu yang mengisytihar kerusi mereka kosong.

PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.

Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.

Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.

Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.

PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.

Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.

Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.