PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata ini menjadikan Selangor negeri kelapan menggunakan akta tersebut selepas Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kami telah menerima surat persetujuan daripada kerajaan Selangor. Saya telah arahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Dr Mohd Azhar Abd Hamid) untuk membuat penilaian wajar dan pemeriksaan bersama.
"Ini untuk pastikan jumlah aset dan dasar apakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kualiti pembersihan awam di Selangor," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) di sini hari ini.
Nga turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan untuk Selangor mengguna pakai akta berkenaan.
Dalam pada itu beliau berkata Pulau Pinang yang bersetuju secara dasar terhadap akta berkenaan dijangka akan menjadi negeri seterusnya menerima pakai Akta 672.
Akta itu untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara berhubungan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam usaha memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan, efektif serta merancakkan ekonomi kitaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Nga turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan untuk Selangor mengguna pakai akta berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Henti bertelagah, jauhi rasuah perosak negara - Sultan Selangor
Baginda turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.
Sultan Selangor zahir rasa sedih atas pemergian adiguru kraf ukiran halus
Baginda sentiasa kagum dengan kebolehan dan ketelitian Allahyarham sebagai seorang pengukir kayu tradisional hingga dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Keputeraan Sultan Selangor: Wan Ahmad Dahlan, Faisal Halim antara penerima darjah, bintang kebesaran
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.