KUALA LUMPUR: Tiga negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Sabah kini turut terjejas banjir menjadikan jumlah negeri dilanda banjir meningkat kepada lapan negeri, setakat 10 pagi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di tiga negeri itu.
"Di Selangor, sebanyak dua PPS dibuka di dua daerah (Petaling dan Kuala Selangor), melibatkan 57 mangsa yang terdiri daripada 18 ketua isi rumah; manakala di Sarawak, tiga PPS dibuka di dua daerah (Bau dan Kuching) melibatkan 104 mangsa dengan 28 ketua isi rumah.
"Selain itu di Sabah, dua PPS dibuka di satu daerah, Pitas melibatkan 222 mangsa dengan 37 ketua isi rumah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF MENGENAI BANJIR DI SINI!
Beliau berkata pengurusan banjir di daerah terlibat di ketiga-tiga negeri masih berada pada tahap satu iaitu di bawah kawal selia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing.
Bagaimanapun, Armizan berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat yang beroperasi 24 jam akan sentiasa memantau dan bersedia untuk sebarang pendekatan intervensi sekiranya diperlukan.
"Setakat ini sebanyak tujuh siri amaran hujan berterusan telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semenjak bermulanya monsun timur laut 2022/2023 pada 7 Nov lepas.
"Siri amaran ketujuh masih lagi berkuat kuasa dan luruan monsun kedua yang bermula 17 Dis 2022 dijangka berterusan sehingga 26 Dis 2022," katanya.
Menurut ramalan MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah, Sarawak dan Labuan, bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Di Sabah, dua PPS dibuka di satu daerah, Pitas melibatkan 222 mangsa dengan 37 ketua isi rumah. - Fail/JBPM
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
ASEAN perlu bekerjasama bentuk masa depan pelancongan lebih baik - Onn Hafiz
Usaha ini akan menggambarkan semangat kolaborasi dan perkongsian visi yang mencerminkan ASEAN.
Penyerang bunuh diri selepas tembak mati dua hakim di Mahkamah Agung Tehran
Kedua-dua hakim itu dibunuh satu "pembunuhan terancang" di dalam mahkamah sebelum penjenayah melarikan diri dan mengambil nyawanya sendiri.
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.