SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian.
Hee berkata sasaran tersebut adalah hasil pertambahan lima peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 3.3 juta pelancong.
Beliau berkata antara lokasi yang dijangka menjadi tarikan pelancong adalah Taman Tema Air Splashmania di Gamuda Cove, Banting; teksi air di Klang dan pelancongan pelayaran melalui Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang, dekat sini.
"Selain itu, segmen ekopelancongan seperti Projek Geopark Gombak Hulu Langat (GHL) yang terdiri daripada 20 geotapak di Gombak dan Hulu Langat antaranya Batu Caves, Permatang Kuarza, Sungai Tekala dan Kompleks Air Panas Sungai Lalang juga dilihat akan menjadi pilihan pelancong.
"Agropelancongan seperti Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya dan beberapa kawasan di Sungai Panjang, Sabak Bernam dan Sekinchan turut diberi perhatian," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pakej berasaskan komuniti setempat juga akan dipasarkan secara meluas kerana ia merupakan trend terkini pelancong.
Pada sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2023 lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta pada tahun ini bagi membangunkan dan merancakkan kembali industri pelancongan di negeri itu.
Tourism Selangor juga akan memperkasa dua kempen promosi pelancongan iaitu 'Pusing Selangor Dulu!' bagi domestik dan pasaran antarabangsa 'Splendid Selangor, Take Me Anywhere'.
Selain itu, Hee berkata aplikasi rasmi pelancongan negeri iaitu 'Go Selangor!' telah dimuat turun hampir 2,000 pengguna dan diakses sebanyak 6,820 kali.
"Aplikasi tersebut menerima respons agak baik dari pengguna namun terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadang seperti pakej tawaran yang perlu diperbanyakkan.
"Seramai 313 operator terlibat pada 2022 yang terdiri daripada sektor perhotelan, makanan dan minuman, gaya hidup, penjualan tiket, lokasi menarik dan aktiviti pelancongan," katanya.
Beliau berkata 1,000 operator akan ditambah dalam suku pertama 2023 bagi merancakkan penggunaan aplikasi tersebut.
Aplikasi 'Go Selangor!' yang dilancarkan pada April tahun lepas bagi memudahkan pelancong mendapat akses penuh kepada produk pelancongan di negeri itu selain menempatkan pelbagai operator atau peniaga.
Melalui aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan IOS itu, pengguna boleh membeli tiket, menempah hotel, chalet, inap desa, pengangkutan dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023

Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini. - Fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selangor sasar lebih 3.5 juta pelancong pada tahun ini
Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.