SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneruskan pengecualian cukai taksiran bagi pemilik kediaman kampung daripada golongan yang memerlukan serta berpendapatan sederhana, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim.
Ng berkata bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses berkenaan akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini oleh setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada pemilik kediaman kampung.
"Pemilik kediaman kampung yang menepati syarat kelayakan boleh memohon bermula 1 Mac hingga 31 Mei depan dan setiap keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Sept.
"Syarat kelayakan adalah pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan pemilik (rumah) berdaftar kediaman kampung dengan keluasan rumah kampung 2,000 kaki persegi dan ke bawah," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Ng berkata pendapatan bulanan isi rumah hendaklah RM5,000 dan ke bawah serta pemohon hanya layak untuk masing-masing satu akaun dan rumah sahaja.
"Pusat khidmat masyarakat bersedia membantu mempercepatkan proses permohonan yang akan dibuat secara dalam talian atau fizikal," katanya.
Menurutnya pada tahun lepas kerajaan Selangor telah membantu hampir 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri itu melalui pengecualian cukai taksiran dengan kos RM11.551 juta.
"Sejak bermulanya usaha ini, sebanyak 745,790 unit telah diberikan pengecualian dengan peruntukan RM91.498 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Ng berkata bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses berkenaan akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini oleh setiap PBT. - Gambar fail

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Selangor teruskan pengecualian cukai pemilik kediaman kampung pendapatan sederhana
Bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses berkenaan akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini.