Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mencadangkan agar konsep dan kriteria perumahan kos rendah diselaraskan di peringkat nasional.
Katanya cadangan itu bagi mengelakkan kekeliruan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam menetapkan kriteria rumah kos rendah dan salah faham dalam membuat unjuran berkaitan jumlah rumah kos rendah yang telah dibina di setiap negeri.
Menurut beliau, setiap negeri menunjukkan pemahaman yang berbeza tentang konsep perumahan kos rendah baik dari aspek harga dan juga keluasan rumah berkenaan.
"Di Perak, kami menetapkan saiz atau keluasan yang besar untuk rumah kos rendah tetapi ianya tidak dikategorikan sebagai keluasan rumah kos rendah. Akhirnya laporan di peringkat nasional mengatakan kami tidak membina rumah kos rendah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Antarabangsa Kekayaan Inklusif yang pertama di sini.
Forum sehari yang dianjurkan oleh Inclusive Wealth Initiatives (IWI) Sdn Bhd di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut mengadakan program-program sampingan pada 7 dan 9 Okt di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Ia antara lain membincangkan dimensi baharu berkaitan penilaian tahap kekayaan sesebuah negara yang sebelum ini berdasarkan pada sumber kewangan semata-mata tanpa mengambil kira aspek kemanusiaan dan alam sekitar.
Dalam pada itu, Zambry turut mengumumkan penganjuran Persidangan Meja Bulat untuk Pemilikan Rumah Mampu Milik (RAHOS) yang akan diadakan di Ipoh, yang tarikhnya masih belum diputuskan.
Bernama
Sat Oct 08 2016
Kata Zambry, setiap negeri menunjukkan pemahaman yang berbeza tentang konsep perumahan kos rendah baik dari aspek harga dan juga keluasan rumah berkenaan. - Gambar fail
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
AI Governance — Shaping Malaysia’s AI Future & Ambitions
Artificial intelligence is rapidly becoming a part of our daily lives but as technology evolves more rapidly than governance frameworks, the question is no longer if Malaysia should govern AI, but how—how fast and how much. A new white paper by the Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia seeks to unpack what AI governance really means, and why it matters for Malaysia’s future. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Farlina Said, fellow in Cyber and Technology Policy at ISIS Malaysia, and Adilah Junid, Director of Legal and Government Affairs at Microsoft Malaysia.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.
AWANI 7:45 [17/1/2025] – PM Gesa Dunia | Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan | KDNK Suku Keempat 2024 | Harga Padi Miskinkan Pesawah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Selaraskan konsep rumah kos rendah di peringkat nasional - Zambry
Menurutnya, cadangan itu bagi mengelakkan kekeliruan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam menetapkan kriteria rumah kos rendah.