SEKUMPULAN individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Terbaharu, geng yang tidak dikenali identiti tersebut telah mengagihkan telur ayam pula secara percuma di sekitar masjid di Puchong Perdana.
Menerusi perkongsian video oleh seorang individu di platform X, dapat dilihat orang ramai berkerumun untuk mendapatkan sepapan telur secara percuma.
Sementara itu, salah seorang daripada kumpulan tersebut juga dilihat memegang sepanduk kertas bertulis;
“Telur ayam percuma.
“Kami bukan pempengaruh, kami bukan selebriti, kami bukanlah sesiapa,” tulisnya.
Komen netizen
Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen terdapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan kumpulan tersebut.
“Mereka ini robin hood.
“Alhamdulillah. Dapat berkongsi manfaat pada pendatang asing juga.
“Besar pahala bagi orang makan. Alhamdulillah.
“Tengok gaya dengan cara, macam marketing je. Last-last keluar, saya sifu forex.
“Confirm marketing ploy ni, nampak sangat. Kalau bersedekah ni kita berpeganglah kepada prinsip tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri.
“Lain macam tapi ambil sajalah telur itu selagi kita tak tau hasil duit mereka dari mana,” komen beberapa netizen.
Gempak
Mon May 06 2024

Menerusi perkongsian video di platform X, dapat dilihat orang ramai berkerumun untuk mendapatkan sepapan telur secara percuma. - Foto Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.