LABUAN: Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun sebaik sahaja mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Persekutuan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti bagi kira-kira 103,000 penduduk di pulau bebas cukai itu.
"Kami sudah bersedia untuk menawarkan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, hanya menunggu kebenaran dari Kerajaan Persekutuan sahaja," kata kepada Bernama hari ini.
Pada 27 Julai lepas, Labuan telah lengkap memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk dewasanya sekali gus menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan yang mencapai imuniti kelompok bagi memerangi COVID-19.
Jumlah itu meningkat kepada 82.44 peratus atau 56,471 daripada 68,500 penduduk dewasa yang layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), lengkap menerima dos kedua; dan sehingga semalam sekurang-kurangnya 97.08 peratus atau 66,500 orang dewasan menerima vaksin dos pertama.
Dr Ismuni berkata program vaksinasi menyeluruh untuk penduduk kampung berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksin telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk dan ketua kampung.
"Pasukan penjagaan kesihatan bergerak telah dibentuk baru-baru ini bagi meneruskan usaha vaksinasi dari rumah ke rumah untuk pesakit yang terlantar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU)," katanya.
Dr Ismuni berkata kaunselor berpengalaman juga akan disediakan tidak lama lagi bagi memberikan nasihat mengenai faedah vaksinasi kepada mereka yang masih berbelah bahagi dan mereka yang keberatan untuk mendapatkan imunisasi COVID-19.
"Kami berazam untuk memberi penerangan kepada antara lima hingga 10 peratus penduduk tempatan yang masih 'di atas pagar' mengenai vaksinasi. Kami percaya masih ada yang ragu-ragu mengenai vaksinasi.
"Walaupun ia bukan diwajibkan, kami akan berusaha untuk mencapai hampir 100 peratus sasaran imuniti kelompok. Akan ada lebih banyak sesi penerangan bersama golongan ini," katanya.
Dr Ismuni juga berkata kerjasama akan dijalin dengan pemain industri dan pemilik premis perniagaan mengenai vaksinasi untuk pekerja mereka, baik tempatan mahupun asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti di Labuan. - Gambar fail Bernama.
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
PICKids Labuan berlangsung sebulan untuk vaksinasi 11,600 kanak-kanak
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) yang bermula di sini hari ini dijangka berlangsung selama sebulan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Labuan mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19
Jabatan Kesihatan Labuan mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi tiga fasa dengan hampir 20,000 orang bakal menerima dos ketiga mereka.
Labuan mulakan vaksin remaja 16-17 tahun hari ini
Wilayah Persekutuan Labuan memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun hari ini.
Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja
Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.
COVID-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksin
Seramai 180 banduan di Penjara Labuan mula mendapatkan suntikan vaksin dos pertama semalam, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
COVID-19: Model kawalan penyakit dan sokongan penduduk bantu pulihkan Labuan
Model kawalan penyakit merupakan pendekatan yang diguna pakai Jabatan Kesihatan Labuan dalam memerangi sekali gus memulihkan wilayah persekutuan itu daripada penularan COVID-19.
Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni
Pembukaan sektor ekonomi dan industri di Labuan perlu melihat keadaan semasa COVID-19 selain mengambil kira program yang telah dirancang Jabatan Kesihatan Labuan.
COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan
Operasi pengesanan kes aktif (ACD) besar-besaran diperluaskan ke dua kampung di sini iaitu Bebuloh Laut dan Bebuloh Darat bagi mengelakkan kemungkinan penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.
COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima
Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.