BAGAN SERAI: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Berhad (MK Land) melalui anak syarikatnya, Solar Citra Sdn Bhd (SCSB) merancang untuk membangunkan projek ladang tenaga solar di kawasan seluas 54.63 hektar di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun hadapan.
Ia susulan kejayaan projek pertama loji solar fotovoltaik (PV) berskala besar 10.95 megawatt (MW) di Lembah Beriah, Kerian dekat sini yang telah mula beroperasi pada 30 Mei lalu dengan kos dianggarkan bernilai RM52 juta.
Pengarah SCSB, Kamarulzaman Abu Bakar berkata pihaknya telah dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di Kulim pada 8 Ogos lalu.
Katanya bagaimanapun ia masih di peringkat awal dan pihaknya telah diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum ke proses seterusnya.
“MK Land telah dipilih oleh ST untuk menjadi salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP), dengan kapasiti esport yang diperuntukkan hampir 30 MW.
“Projek kerjasama yang menyaksikan pembentukan konsortium di antara MK Land dan Total Energies Renewables SAS ini adalah bertujuan untuk membangunkan loji jana kuasa PV 29.99 MW bagi operasi komersial di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri; Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal; Pengarah Urusan Solarvest Holdings Berhad (Solarvest), Lim Chin Siu serta Pengurus Teknikal GoodWe Malaysia, Muhammad Farhan Zainuddin.
SCSB telah melantik Solarvest sebagai kontraktor utama bagi penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek di Lembah Beriah di atas tanah berkeluasan 16 hektar.
SCSB kemudian menganugerahkan kontrak EPCC kepada Atlantic Blue Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest dan GoodWe selaku sub kontraktor yang juga pengeluar dan pembekal peranti penyongsang atau inverter bagi solar projek itu pada Julai tahun lalu.
MK Land kemudiannya menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar dengan Tenaga Nasional Berhad pada Ogos 2021 untuk tempoh 21 tahun selepas tapak itu ditauliahkan pada 30 Disember 2022.
Dalam pada itu, Kamarulzaman berkata ladang solar yang menempatkan 32,000 keping panel itu mula membekalkan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Jun lalu dengan sasaran keuntungan kira-kira RM400,000 sebulan.
Pada masa sama, Felina berkata walaupun dengan adanya projek ladang solar berkenaan, MK Land masih meletakkan bidang hartanah sebagai sektor utama syarikat, selain daripada pembangunan resort.
“Sebab kita mewujudkan projek ladang solar ini juga ia melengkapi ekosistem bidang yang MK Land telah ceburi. Dengan adanya projek berkenaan, ia secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan hartanah kami,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 23 2023
Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
Filipina lancar komik perangi kempen maklumat palsu
'The Stories of Teacher Jun' menangkis kempen maklumat salah oleh China yang didakwa bertujuan mempertahankan tuntutan di Laut China Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
Hanna Rauda meningkatkan seni warisan dalam fesyen moden
Hanna Rauda bermula pada tahun 2016 yang telah berkembang daripada hanya menerima tempahan baju kustom menjadi jenama fesyen terkenal dengan koleksi sulaman ready-to-wear.
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
SPRM akan pastikan rumah mampu milik Perak hanya untuk yang paling layak
Kawasan 226 ekar di Simpang Pulai akan dibangunkan sebagai pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur yang berjumlah lebih kurang 2,200 unit.