IPOH: Selepas tertangguh pada 2020 kerana pandemik COVID-19, Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) kembali dengan edisi ke-6, 18 Oktober ini.
Seramai 1,000 pemikir yang terdiri daripada para ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat dalam dan luar negara dijangka menghadiri persidangan anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu.
Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, persidangan itu akan diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru, dengan tema Perkongsian Nilai Kemanusiaan (Sharing Our Humanity).
“USAS telah menganjurkan WCIT sejak 2012 lagi dan ia kini diiktiraf sebagai satu jenama yang telah diwartakan sebagai salah satu acara kerajaan negeri Perak.
“Kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2018 dan tertangguh selama beberapa tahun kerana pandemik COVID-19),” katanya semasa sidang media di RTM Perak, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof serta Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusof.
Nordin berkata, tujuan utama penganjuran persidangan itu adalah untuk menyediakan platform bagi para pemikir serta masyarakat dalam dan luar negara untuk berinteraksi secara bebas serta bertukar idea dalam persekitaran intelektual yang dinamik serta kondusif.
“Persidangan ini merupakan satu inisiatif bagi menangani masalah sebenar yang wujud dalam dunia Islam masa kini,” ujarnya.
Menurutnya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk menyampaikan titah utama diraja, di samping merasmikan persidangan tersebut.
Katanya, persidangan sehari itu akan mengetengahkan barisan pembentang dan moderator terkenal, termasuk dari luar negara.
Antaranya ialah Pengerusi Lembaga Pengarah USAS, Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali; bekas Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa; Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Dr Sandiaga Salahuddin Uno; Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus; Chargee d’affaires Kedutaan Perancis di Malaysia, Virginie Bioteau dan Chargee d’affaires Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Timo Goosmann.
Tokoh lain ialah Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian;
Pengarah Eksekutif Penang Institute, Datuk Dr Ooi Kee Beng, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institute Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Oct 08 2022

Nordin (dua, kanan) pada sidang media mengenai Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia yang dijadual berlangsung di Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh, pada 18 Oktober ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."

Sultan Nazrin zahir dukacita 'pelbagai budaya', 'kepelbagaian' dijadikan senjata dalam perang budaya
Sultan Perak bertitah, perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi.

Selepas tertangguh, WCIT kembali dengan edisi ke-6
Seramai 1,000 pemikir yang terdiri daripada para ulama, pemimpin, intelektual dari dalam dan luar negara dijangka hadir.

Keamanan global perlukan usaha kolektif semua pihak - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertitah bahawa keamanan sejagat bukanlah dikecapi dalam masa sehari namun memerlukan usaha secara kolektif daripada semua pihak.

Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tahun 2022 sebagai Tahun Melawat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018.