IPOH: Mayat seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan dengan helikopter di padang Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat mangsa berjaya diturunkan menggunakan helikopter unit udara JBPM pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Katanya operasi yang memasuki hari ketiga itu membabitkan seramai 23 anggota yang terdiri daripada pelbagai agensi.
"Unit udara JBPM telah berlepas dari Padang Kem PGA Ulu Kinta serta membuat penyelamatan pada jam 9.22 pagi dengan bantuan unit Multi Skill Team (MUST) team, bagi menurunkan mangsa dari puncak gunung.
"Operasi hari ini membabitkan 23 anggota, termasuk pegawai, anggota MUST team, unit udara JBPM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar jurucakap itu lagi, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Semalam media melaporkan seorang pendaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai mengalami keletihan melampau di puncak Banjaran Titiwangsa, berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini, Selasa lalu.
Lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai meninggal dunia jam 5 petang, namun usaha membawa mayatnya keluar hanya dapat digerakkan pada Khamis disebabkan faktor cuaca dan muka bumi mencabar.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya telah menyelaraskan operasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi menurunkan mayat lelaki itu.
Mior Faridalathrash berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Aida Aziz
Thu May 19 2022
![Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652948304_Mayatpendakimaut.jpg)
Operasi yang memasuki hari ketiga itu membabitkan seramai 23 anggota yang terdiri daripada pelbagai agensi. - Foto JBPM Perak
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652948304_Mayatpendakimaut.jpg)
Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.