KOTA KINABALU: Pihak-pihak yang berkenaan diminta berhenti membuang masa dan usaha mereka dalam 'permainan politik tukar kerajaan' sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap langkah-langkah bagi menyelesaikan isu COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata tidak ada jaminan bahawa tindakan menukar kerajaan boleh menghentikan pandemik COVID-19 justeru adalah penting bagi kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus berusaha menyelesaikan masalah virus berbahaya tersebut demi kesejahteraan penduduknya.
"Ini bukanlah masa yang sesuai untuk menukar kerajaan. Bagaimana kita boleh yakin bahawa penularan COVID-19 akan berhenti selepas kita menukar kerajaan? Mungkin keadaan akan menjadi semakin teruk... tiada kepastian. Oleh itu, marilah kita menghentikan permainan politik ini dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah COVID-19," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, berkata rakyat negeri itu telah memberi mandat kepada GRS dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun lepas, justeru adalah menjadi tanggungjawab pemimpin gabungan tersebut untuk memenuhi janjinya kepada mereka.
GRS merupakan gabungan parti dalam Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS), Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan PBS.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee pula berkata usul undi percaya yang akan dibentang dalam sidang Parlimen selepas ini bagi menentukan sokongan majoriti kepada Perdana Menteri adalah langkah paling tepat selaras dengan perlembagaan dan demokrasi berparlimen dalam sistem raja berperlembagaan.
Beliau berkata ia adalah cara paling berkesan bagi menghentikan permainan politik tidak berkesudahan dan telah menjerumuskan rakyat ke kancah kesengsaraan serta kekecewaan kerana mereka sebenarnya ingin melihat perebutan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri berakhir dan kerajaan boleh melaksanakan Pelan Pemulihan Negara.
"Memandangkan proses vaksinasi COVID-19 kini berada di tahap yang tinggi, kita hanya memerlukan masa beberapa bulan sahaja lagi untuk mencapai imuniti kelompok dan membuka semula ekonomi," katanya.
Bagi Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pendirian parti itu adalah teguh untuk tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sebarang laporan yang mendakwa sebaliknya adalah palsu serta berniat jahat.
Beliau berkata Warisan mahu Parlimen bersidang secepat mungkin bagi membuktikan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya memiliki sokongan di Dewan Rakyat
"Ini akan menjernihkan keadaan dan tidak perlu tunggu hingga September. Usul undi percaya hendaklah menjadi satu-satunya isu yang dibahaskan pada sesi ini," menurut Ahli Parlimen Semporna itu dalam kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021

Dr Joachim tidak ada jaminan bahawa tindakan menukar kerajaan boleh menghentikan pandemik COVID-19. - Foto Twitter/@JapenSabah
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.