Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan pelantikannya sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anthony Loke yang juga Anggota Parlimen Seremban dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata pelantikan itu adalah satu tanggungjawab besar khususnya dalam menyelesaikan isu melibatkan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan juga keselamatan jalan raya.
"Saya berterima kasih kepada kepimpinan parti dan perdana menteri atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai Menteri Pengangkutan.
"Saya tahu ia adalah tanggungjawab besar bukan hanya untuk pengangkutan darat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga penerbangan, maritim, pelabuhan dan sebagainya, tetapi kementerian ini sangat penting untuk membantu pertumbuhan ekonomi.
"Saya juga perlu melihat banyak perkara... banyak isu (seperti) keselamatan jalan raya, daya saing pelabuhan kita dan sudah tentu isu utama bagi kementerian ialah terus mencari kehilangan MH370. Saya harap semasa memegang jawatan ini, kita akan dapat mencapai kesimpulan kepada isu MH370.
"Ini saya fikir sangat penting bukan hanya untuk anggota keluarga tetapi juga industri penerbangan. Saya amat berharap pada bulan-bulan atau tahun-tahun akan datang, kita akan dapat menutup tragedi ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Perdana Menteri semalam mengumumkan Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, sebagai Menteri Pengangkutan.
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang itu hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Usaha untuk mencari pesawat itu sehingga kini masih gagal.
Mengulas lanjut, Loke berkata bagi memenuhi visinya, beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk memberikan beliau taklimat lengkap mengenai kementerian itu Selasa depan.
"Saya memberitahu KSU bahawa saya ingin ke lapangan secepat mungkin, (kerana) terdapat banyak isu yang perlu dihadapi dan tentu saja perkara utama yang saya mahu lihat ialah kementerian mesti mengambil inisiatif untuk memastikan keselamatan jalan raya memandangkan kini adalah bulan Ramadan dan tidak lama lagi, orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan setiap tahun kita melihat banyak kemalangan berlaku.
"Ini adalah satu isu yang mahu kita tangani...kita mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, memastikan jalan raya adalah selamat untuk semua dan ia adalah agenda utama saya," katanya.
Sepuluh tahun di Parlimen, Anthony Loke berkata pengalamannya itu banyak membantu beliau untuk lebih memahami fungsi kerajaan.
"Sudah tentu saya tidak tahu semuanya, tetapi saya akan belajar. Sebagai menteri baharu, saya mengamalkan minda terbuka (dan) saya akan belajar, semestinya saya memerlukan sokongan daripada penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 19 2018
![Selesaikan isu MH370, keselamatan jalan raya fokus utama Anthony Loke Selesaikan isu MH370, keselamatan jalan raya fokus utama Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461655144_AnthonyLoke.jpg)
Anthony Loke berkata pengalaman 10 tahun di Parlimen banyak membantu beliau untuk lebih memahami fungsi kerajaan. - Gambar fail/Facebook
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738272670_AhmadZahidHamidi.jpg)
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
![Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738123473_lebuhraya.jpg)
Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini
Sehingga kini, sebanyak 1,696 kemalangan direkodkan sepanjang operasi kali ini, berbanding 1,993 kes dalam Op Selamat 21, tahun lalu.
![Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736583600_TBWATIKAH.jpg)
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
![Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734746523_tbgajahagresif.jpg)
Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.
![Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728973897_NorthKoreanPaju.jpg)
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
![Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726995665_tanahruntuh.jpg)
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
![Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan
Siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terlibat dalam kejadian terbabit.
![Pemandu Exco Johor hentikan kereta di tengah jalan, tiada laporan diterima - Polis Pemandu Exco Johor hentikan kereta di tengah jalan, tiada laporan diterima - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724500356_pemanduexcojohor.jpg)
Pemandu Exco Johor hentikan kereta di tengah jalan, tiada laporan diterima - Polis
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan pemandu kepada seorang anggota exco kerajaan negeri menghentikan kenderaan di tengah jalan.
![[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan [KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724432303_TBNANTALINGGI.jpg)
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.
![Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718932118_KLAliranTrafik.jpg)
Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.