KUALA LUMPUR: Terlalu banyak isu berbangkit dalam konteks politik hari ini yang meletakkan kepentingan agar diselesaikan isu pengasingan kuasa antara eksekutif dan kehakiman.
Namun, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, sebelum memberi justifikasi tentang sama ada pelantikan Peguam Negara di bawah kuasa Perdana Menteri, apa yang terlebih dahulu penting untuk difahami ialah kuasa besar Peguam Negara seperti yang disebut dalam Perlembagaan.
"Seperti yang dikatakan Azalina (Datuk Seri Azalina Othman Said) perlu ada keserasian antara Peguam Negara dan juga Perdana Menteri dalam konteks menasihati perkara berkaitan undang-undang.
“Tetapi saya fikir sebelum kita ingin memberi justifikasi itu sama ada boleh dilantik oleh Perdana Menteri sesuka hati, kita perlu juga melihat kepada kuasa besar Peguam Negara yang menimbulkan kerisauan terutama dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kuasa besar Peguam Negara dalam aspek memulakan pendakwaan kes-kes jenayah," kata Muhammad Faisal kepada Astro AWANI.
Menurut beliau, sudah sampai masanya Pendakwa Raya diletakkan dalam satu institusi khas dan bukan lagi di bawah takluk Peguam Negara.
"Selain Perkara 145, Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah menjelaskan kuasa Peguam Negara sebagai kuasa tunggal untuk menentukan pendakwaan jadi sebenarnya memang sudah tiba masanya untuk kuasa ini diasingkan, bermaksud kepala atau ketua kepada pihak pendakwaan kes-kes jenayah, untuk menghentikan atau menarik balik atau memulakan pendakwaan di mahkamah itu harus diberikan kepada pendakwa raya sebagai institusi khas bukan lagi di bawah takluk kuasa Peguam Negara.
"Dalam hal ini, kita boleh lihat banyak model yang boleh diperhalusi di United Kingdom di mana kuasa Peguam Negara adalah seperti menteri, beliau bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri berkenaan undang-undang jadi ia agak overlap dengan Menteri Undang-Undang.
"Sebagai contoh, tuntutan Sulu dijawab oleh (Datuk Seri) Wan Junaidi di Parlimen, dalam masa yang sama Peguam Negara juga bertanggungjawab untuk membentangkan dan menjawab isu-isu berkaitan dengan pendakwaan di Parlimen.
"Jadi selain pengasingan, kena ada accountability kalau ingin disoal jawab di Parlimen, wajib diberikan ruang yang luas kepada ketua pendakwaan bertanggungjawab untuk menjawab isu ini," ujarnya.
Pada Sabtu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan Peguam Negara.
Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang kepada Perdana Menteri berkata, kuasa Peguam Negara adalah sangat besar dan “tidak boleh dipersoalkan”.
“Sesiapa yang jadi Perdana Menteri akan melantik orang dia untuk jadi Peguam Negara,” kata Azalina.
Madiha Abdullah
Sun Aug 28 2022
Muhammad Faisal berkata, apa yang terlebih dahulu penting untuk difahami ialah kuasa besar Peguam Negara seperti yang disebut dalam Perlembagaan. - Gambar fail Bernama
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu
ABIM mengumumkan perubahan kepimpinan baharu dengan pelantikan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai Presiden untuk sesi 2023-2025.
Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.
Selesaikan segera isu pengasingan kuasa - ABIM
Apa yang terlebih dahulu penting untuk difahami ialah kuasa besar Peguam Negara seperti yang disebut dalam Perlembagaan.
Pemimpin boleh ambil keluarga angkat untuk terap semangat keluarga Malaysia - CPHM
Ia langkah simbolik kepimpinan menerusi teladan untuk para pemimpin merapatkan jurang antara mereka dengan rakyat.
Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar
Anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina kerana ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Elaunnya adalah menang kes mahkamah - Anwar
Menurutnya, cukuplah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menerajuinya bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan yang lain.
Pemansuhan pengasingan kelas wujudkan iklim positif - ABIM
arahan ini akan memberi ruang untuk pentadbir dan guru sekolah untuk mewujudkan satu persekitaran sekolah yang penyayang serta kondusif
Wujudkan undang-undang anti-diskriminasi dalam sektor pekerjaan
Kerajaan wajar mewujudkan peruntukan undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan dalam negara.
ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat
Sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berhati-hati mengulas soal perundangan syariah, kata ABIM.
ABIM mahu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditangguh
Angkatan Belia Islam Malaysia anggap PBS adalah satu lonjakan besar dalam sistem pendidikan negara.