Penduduk di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli ayam daging di pasaran kerana ia selamat untuk dimakan walaupun kini berlaku wabak selesema burung (H5N1).
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata setakat ini, penyakit selesema burung hanya membabitkan ayam kampung di negeri ini.
"Setakat ini, wabak ini tidak melibatkan jangkitan pada manusia. Jangkitan virus ini jarang berlaku dan sukar berjangkit daripada seorang manusia kepada manusia lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Bagaimanapun, Dr Ahmad Razin berkata sebagai langkah pencegahan, amalan kebersihan perlu diutamakan dalam pengendalian ayam dan unggas lain.
Antara langkah pengendalian ayam yang selamat ialah proses pencucian menggunakan air yang terawat, memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak selain mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
"Kita juga perlu mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai dan menggunakan peralatan yang berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam yang dimasak," katanya.
Beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan kontak secara terus dengan unggas yang dijangkiti virus H5N1 termasuk air, barang-barang atau pakaian yang dicemari najis haiwan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata penduduk di negeri ini perlu peka dengan tanda-tanda dan gejala selesema burung seperti demam tinggi (melebihi 38 darjah Celcius), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan letih lesu, dengan mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan.
Virus H5N1 yang menyerang unggas dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.
Semalam, kerajaan Kelantan telah mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri.
Ini berikutan merebaknya wabak itu di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
Bekalan ayam daging di Kelantan selamat dimakan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
H5N1: Telur dan ayam di pasaran selamat dimakan - JPV
Telur dan ayam daging di pasaran adalah dikeluarkan oleh pengusaha dan penternak di negeri yang bebas sepenuhnya daripada virus Highly Pathogenic Avian Influenza (H5N1).
Selesema burung: Ayam daging di pasaran selamat dimakan
Penduduk Kelantan tidak perlu bimbang untuk membeli ayam daging di pasaran kerana ia selamat untuk dimakan walaupun kini berlaku wabak selesema burung (H5N1).