Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan ketiga-tiga lelaki yang merupakan pemimpin daripada dua parti politik, masing-masing dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua daripada individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan deposit RM30,000 dan dua orang penjamin.
Seorang lagi individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Sebelum ini, kesemua individu itu ditahan reman selama lima hari sejak Selasa lepas sebelum disambung tiga hari mulai Ahad lalu.
Kesemua mereka antara lapan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.
Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017

Tiga pemimpin dari dua parti politik dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Gambar hiasan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.

Seleweng Dana KKLW: Tiga pemimpin parti politik dibebaskan
Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.

Kerjasama anak syarikat KKLW kurangkan kos operasi - Ismail Sabri
Kerjasama di antara anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjamin pasaran yang lebih luas selain pendekatan terbaik dalam mentadbir urus kos operasi.

Kerajaan Sarawak percepat usaha sediakan bekalan air bersih kepada 114,000 isi rumah
Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmat

Kerajaan sasar 3,000 Rumah Bina Negara disiapkan untuk belia menjelang 2020
Sasaran itu ditetapkan selaras dengan peruntukan RM100 juta kepada Felcra Berhad seperti yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017.