SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menangguhkan keputusan representasi kes penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi melibatkan dua pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri tahun lalu.
Hakim Mazni Nawi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan hanya menerima representasi daripada Muhammad Faisal Hamzah, 39, manakala Azizul Abdul Halim, 55, masih belum mengemukakannya.
Justeru itu Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Syazwani Zawawi meminta satu tarikh baharu bagi membolehkannya meneliti kedua-dua representasi secara holistik.
"Untuk hari ini adalah keputusan representasi dan pihak pendakwaan telah terima representasi dari Muhammad Faisal, namun saya difahamkan yang Azizul juga akan masukkan satu representasi, tetapi masih belum diterima pihak pendakwaan.
"Walaupun ia (representasi) akan dinilai secara berbeza, tapi pihak pendakwaan nak meneliti kedua-dua representasi secara holisitik," katanya.
Peguam, Hasnan Hamzah yang mewakili Azizul meminta tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk mengemukakan representasi tersebut.
Bagaimanapun Peguam Krishna Dallumah yang mewakili Muhammad Faisal pula memohon supaya keputusan representasi tersebut dipercepatkan kerana permohonan telah dibuat pihaknya pada 30 Jun lalu yang mana kini telah memasuki tiga bulan.
"Jadi saya harap perkara ini boleh dipercepatkan supaya kami tahu kedudukan sebenar.
"Walaupun keputusan representasi tertakluk kepada pihak pendakwaan, tapi masa yang terlalu lama akan perjudiskan hak anak guamnya," katanya.
Syazwani kemudian mencadangkan kepada mahkamah tarikh seterusnya untuk pengurusan kes dan jika ada perkembangan representasi pihaknya akan memaklumkan kepada semua pihak.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes.
Media pada 5 April lalu melaporkan kedua-dua orang kena tuduh (OKS) mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di pejabat KPDN, Seremban 2, pada 12 Ogos 2022.
Berikutan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah seksyen 22 (2) akta sama.
Tertuduh juga selaku pemegang lesen borong juga didapati melanggar Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 tan metrik.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.15 malam di Premis Perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas, Senawang di sini, pada 11 Ogos 2022.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023

Muhammad Faisal (tiga dari kanan) bersama Krishna (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Seleweng minyak: Anak bekas menteri mohon percepat keputusan representasi
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan representasi kes penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi melibatkan dua pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri tahun lalu.

Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.

Seleweng minyak masak bersubsidi, KPNDHEP terus gempur pihak tidak bertanggungjawab - Nanta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus menggempur pihak yang tidak bertanggungjawab menyeleweng minyak masak bersubsidi.