KUALA LUMPUR:Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan semalam berkata usaha dan hasrat yang murni ini telah dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
Terdahulu di Dewan Negara, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid mengumumkan kerajaan bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal.
Jelas Rosol, kerajaan memandang serius isu kartel daging haram yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menyambut baik hasrat KPDNHEP untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi menyelaraskan tindakan dan isu berkaitan halal, yang akan turut dianggotai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Zulkifli berkata beliau dan Jakim mengambil prihatin dan meletakkan kecaknaan yang penuh terhadap isu pemalsuan logo halal dalam kes kartel daging haram baru-baru ini termasuk mengadakan beberapa lawatan ke syarikat pemain industri yang terlibat dalam pengimportan dan penyembelihan daging.
"Usaha ini dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pensijilan halal produk-produk daging yang dihasilkan di dalam negara adalah di tahap yang terbaik.
"Bagi produk daging import, Jakim akan terus menggiatkan usaha dan penambahbaikan bagi memastikan Badan Pensijilan Halal Luar negara mematuhi semua standard yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Zulkifli turut menyambut baik hasrat KPDNHEP untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.

PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.

Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
Usaha dan hasrat yang murni ini dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.