KOTA KINABALU:Kerajaan negeri dan Persekutuan menyasar untuk membekalkan air terawat ke seluruh kawasan luar bandar Sabah menjelang 2035, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury (PN-Kuala Penyu) berkata bagi merealisasikan hasrat itu, RM2.53 bilion telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan projek tersebut sedang dilaksanakan selain ada yang masih dalam peringkat kajian.
"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) (Kerajaan) Persekutuan meluluskan tambahan bajet bagi projek Bekalan Air Luar Bandar sebanyak RM450 juta," katanya menjawab soalan lisan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) yang bertanya tentang inisiatif mengatasi isu bekalan air luar bandar Sabah.
Beliau berkata kerajaan negeri diharap dapat menyediakan peruntukkan tambahan bagi melaksana kerja awalan projek bekalan air itu seperti reka bentuk, pengambilan tanah, kajian tanah dan kerja-kerja pengukuran tanah.
Katanya kementerian itu juga mengorak langkah menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan bandar antaranya merancang projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3 menyasarkan penyelesaian masalah bekalan air di Kota Kinabalu dan Papar.
Menjawab soalan lisan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (PN-Nabawan) tentang projek infrastruktur asas pedalaman Sabah, Limus berkata projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menyasarkan 99.99 peratus kawasan luar bandar negeri itu menerima bekalan elektrik menjelang 2025.
Beliau berkata bagi tempoh 2020 hingga 2022 sebanyak 68 kampung dengan 1,884 rumah disasar memperoleh bekalan elektrik menerusi projek BELB di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
"Pelaksanaan projek BELB dicadangkan untuk dilaksana dalam RMK12 dan program ini secara keseluruhan akan memberi manafaat kepada 318 kampung dengan 16,464 rumah," katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau) berkata kementeriannya kini dalam proses penyediaan dokumen pencalonan Kinabalu Geopark sebagai tapak UNESCO Global Geopark.
"Pengiktirafan dan penjenamaan antarabangsa Kinabalu Geopark meningkatkan pengiktirafan kepada usaha kerajaan Negeri dalam pemeliharaan alam semula jadi. Ia juga memberi kesan berantai seperti peluang pemasaran produk dan perkhidmatan tempatan dapat diketengah serta ditambah nilai.
"Ia juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan berkaitan pelancongan," katanya menjawab soalan lisan Datuk Raime Unggi (ADUN dilantik) yang ingin tahu usahakementerian menjaga hutan asli dan hidupan liar selaras menjadikan Sabah destinasi pelancongan dunia.
Jafry berkata Kinabalu Geopark diisytiharkan tapak Geopark Kebangsaan pada 18 Mac lepas merangkumi kawasan Taman Kinabalu, keseluruhan daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan sebahagian daerah Ranau dengan keluasan 475,000 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020

Sejumlah RM2.53 bilion telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan projek tersebut sedang dilaksanakan selain ada yang masih dalam peringkat kajian. - Foto Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar - Shahelmey
Proses itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diselesaikan dalam tempoh setahun lalu.

Air Sabah: Kerajaan negeri ambil langkah awal guna peruntukan sendiri
Shahelmey berkata, keputusan itu diambil bagi membiayai lapan projek bernilai RM182 juta yang diluluskan pada 13 Jun lalu.

Rizab margin bekalan air Sabah rendah pada tahap 7.3 peratus - Armizan
Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujud selesai masalah bekalan air - Bung Moktar
Pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di DUN terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.

Seluruh luar bandar Sabah terima bekalan air terawat menjelang 2035 - Limus
Kerajaan negeri dan persekutuan menyasar untuk membekalkan air terawat ke seluruh kawasan luar bandar Sabah menjelang 2035, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.