KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak menyemai semangat Keluarga Malaysia supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus kukuh.
Beliau menjelaskan konsep Keluarga Malaysia memberi fokus kepada nilai kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran yang menjadi benih mencambahkan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.
"Nilai-nilai murni ini turut ditekankan dalam setiap agama dan menjadi tanggungjawab kita untuk
mempertahankannya demi keharmonian, kemakmuran dan kemajuan negara.
"Dalam melaksanakan agenda pembangunan negara kerajaan sentiasa komited menjaga kebajikan semua kaum di negara ini baik untuk memastikan tidak ada yang tersisih termasuk kaum India," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan semua kaum di negara ini bagi memastikan tiada yang tersisih dalam melaksanakan agenda pembangunan negara.
Beliau juga berharap perayaan Deepavali akan tambah memekarkan perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama rakyat di Malaysia.
"Menerusi Bajet 2022 dibentangkan baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM145 juta bagi memperkasa sosioekonomi komuniti India menerusi Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.
"Kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta bagi kerja pembaikan penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan serta pelaksanaan aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat," katanya.
Ismail Sabri berkata, semangat perpaduan dan kerjasama diamalkan membolehkan rakyat hidup dalam suasana aman sejahtera, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, yang mengamalkan agama, bahasa dan budaya.
Beliau berkata, perbezaan itu menjadikan rakyat di negara ini masyarakat yang kaya dengan budaya, selain faktor penyatu dikagumi masyarakat luar negara.
Istimewanya di Malaysia, katanya, Deepavali disambut dengan penuh meriah dalam semangat Keluarga Malaysia yang bersifat lebih inklusif, merentas sempadan agama, budaya dan kaum.
"Begitu juga rakyat Malaysia tidak ketinggalan meraikan perayaan ini yang biasanya jatuh pada bulan ketujuh dalam kalendar Hindu iaitu antara Oktober hingga November.
"Berbanding tahun lalu, Deepavali tahun ini disambut lebih meriah dalam suasana norma baharu. Ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman bertemu sanak-saudara selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.
"Ini adalah hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang membolehkan rakyat menikmati kelonggaran di sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat selepas tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1 peratus sehingga semalam.
"Kerjasama erat semua pihak, termasuk antara kerajaan dan rakyat juga telah memungkinkan perhimpunan seperti ini diadakan.
"Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh mereka kepada kerajaan untuk memulihkan negara dalam masa yang sangat mencabar ini," katanya lagi.
Astro Awani
Sat Nov 13 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) Jalan Ampang hari ini. - Foto BERNAMA
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
PM tegur KPM segerakan pemerkasaan penguasaan bahasa inggeris
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.