Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih 'DBKL Mobis' bagi memudahkan orang awam menyemak dan membuat pembayaran notis kompaun trafik DBKL secara dalam talian.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.
"Aplikasi ini memudahkan orang ramai membuat semakan dan pembayaran serta-merta dengan lebih pantas tanpa perlu hadir ke kaunter atau menunggu notis dihantar ke rumah.
"Orang ramai disaran merebut peluang tawaran diskaun yang masih berjalan untuk selesaikan bayaran kompaun sebelum ia berakhir pada 30 Jun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi baharu itu di sini, hari ini.
Beliau berkata aplikasi itu akan dipertingkatkan dengan tambahan dua lagi modul iaitu Modul Semakan dan Bayaran Cukai Taksiran serta Modul Semakan dan Bayaran Lesen Perniagaan yang dijangka siap pada Ogos ini.
Mhd Amin berkata aplikasi itu turut menyediakan talian Hotline DBKL serta senarai lokasi Pejabat Kaunter Bayaran yang dihubungkan terus kepada aplikasi pandu arah menerusi 'Waze' dan 'Google Map'.
Katanya, penghasilan aplikasi mudah alih inisiatif kakitangan DBKL itu sekali gus meningkatkan produktiviti, kualiti penyampaian perkhidmatan DBKL serta tahap kepuasan pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 30 2018
![Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis' Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61522413585_DBKLMOBIS.jpg)
DBKL Mobis boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS. -Foto Google Play
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
![Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis' Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61522413585_DBKLMOBIS.jpg)
Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.