KUALA LUMPUR: Genting Oil and Gas Ltd (GOGL) menerima surat daripada Pasukan Petugas Khas Indonesia bagi Aktiviti Perniagaan Minyak dan Gas Huluan (SKKMigas) berkenaan kelulusan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Galian Republik Indonesia (MEMR) bagi semakan semula pelan pembangunan fasa pertama (POD 1) Blok Kasuri di West Papua.
GOGL adalah anak syarikat milik penuh tidak langsung Genting Oil Kasuri Pte Ltd, yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung Genting Bhd (Genting).
Genting dalam satu kenyataan berkata semakan semula itu adalah bagi struktur Asap, Merah dan Kido (AMK) yang pada asalnya menggunakan 1.735 trilion kaki padu (tcf) gas-initial-in-place (GIIP) dalam pembentukan Roabiba di struktur AMK untuk membekalkan gas asli ke loji petrokimia yang akan dibina di Teluk Bintuni, bagi tempoh 20 tahun.
Semakan semula kepada POD 1 kini akan menggunakan 2.674 tcf GIIP, yang akan didapatkan daripada 1.735 tcf GIIP dalam POD 1, dan sebanyak 0.939 tcf GIIP daripada sumber tambahan Merah dan pembentukan Steenkool.
"Semakan semula POD 1 itu adalah bertujuan membekalkan 230 juta kaki padu sehari (mmcfd) gas asli ke loji Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) selama tempoh 18 tahun, serta satu lagi bekalan 101 mmcfd gas asli ke kilang Ammonia dan Urea (Amurea) yang akan dibina di West Papua, Indonesia, bagi tempoh 17 tahun.
"Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) ketika ini bagi Blok Kasuri di West Papua akan tamat pada 2038," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Semakan semula itu adalah bagi struktur AMK yang pada asalnya menggunakan 1.735tcf GIIP dalam pembentukan Roabiba di struktur AMK untuk membekalkan gas asli ke loji petrokimia yang akan dibina di Teluk Bintuni. - Gambar hiasan/REUTERS
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM299.91 juta, umum dividen 9 sen
Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat akhir sebanyak sembilan sen sesaham yang akan dibayar menjelang 20 April 2023.
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
Genting kembali catat untung pada suku ketiga
Perolehan melonjak sebanyak 75 peratus kepada RM6.12 bilion bagi suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM3.50 bilion pada suku sama tahun kewangan 2021.
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021.
COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua
Unit di bawah konglomerat Genting Bhd itu dilapor meminta pekerjanya melakukan potongan gaji sementara di antara 15 dan 20 peratus.