KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus berkembang di seluruh negara dengan semakin ramai usahawan tempatan yang mengambil bahagian.
Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Szblooms antara syarikat tempatan yang menyertai inisiatif itu dengan melancarkan Jualan Rahmah hari ini, yang menawarkan produk barangan kelengkapan berjenama antarabangsa pada harga diskaun serendah RM49.90.
Beliau berkata inisiatif Payung Rahmah itu merupakan manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan strategik yang terlibat.
"KPDN terus komited bagi memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan warga sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan cara memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.
Salahuddin juga berharap agar usaha tersebut mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna mendapatkan barangan pada harga murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.
Hari ini, Jualan Rahmah Szblooms di Bandar Puteri Bangi, Kajang menawarkan harga diskaun bagi barangan kelengkapan berjenama antarabangsa, selain rakan niaga sekitar premis itu turut melaksanakan Jualan Rahmah dan Menu Rahmah di premis masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Szblooms antara syarikat tempatan yang menyertai inisiatif itu dengan melancarkan Jualan Rahmah hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Kejadian tanah runtuh di Genting Highlands
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada awal pagi Jumaat menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Jualan, Menu Rahmah jenama popular KPDN sepanjang setahun kerajaan MADANI - Fuziah
Inisiatif Payung Rahmah menjadi jenama popular Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang setahun pentadbiran kerajaan MADANI.
Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan - Zahid
Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Payung Rahmah: Jaya Grocer, Grab Malaysia tampil jadi rakan strategik
Jaya Grocer dan Grab Malaysia tampil menjadi rakan strategik terbaharu kerajaan dalam inisiatif Payung Rahmah untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Enam bulan pelaksanaan, inisiatif Payung Rahmah bantu golongan B40
Inisiatif Payung Rahmah oleh kerajaan membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.
Semakin ramai usahawan sertai inisiatif Payung Rahmah - Salahuddin
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh KPDN terus berkembang di seluruh negara dengan semakin ramai usahawan tempatan yang mengambil bahagian.