KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) hari ini mengemukakan beberapa agenda khususnya terkait isu reformasi pendidikan dan pengajian tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi satu kenyataan, JKPPH berkata, inisiatif itu dilakukan seiring titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru semua ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara.
"Bertitik tolak dari semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang telah digagaskan Perdana Menteri semasa ucapan sulungnya tempoh hari, maka JKPPH menganggap inilah masa yang sesuai segala cadangan yang dikemukakan dapat diperhalus berserta kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli Dewan Rakyat digembleng ke arah mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang lebih mapan dan relevan dalam tempoh yang mencabar ini.
"JKPPH dengan tegas memohon agar cadangan-cadangan ini dipertimbang Perdana Menteri termasuk Menteri Kanan Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi bagi menghentikan segala krisis pendidikan yang sedang berlaku di negara kita," memetik kenyataan itu.
Berikut cadangan yang dikemukakan JKKPH sebagai langkah mereformasikan sistem pendidikan termasuk bidang pengajian tinggi:
Reformasi Pendidikan Dasar
a) Merangka satu pelan besar (master plan) Pendidikan merangkumi pendidikan dasar, pendidikan tinggi dan pendidikan TVET, serta perancangan jangkamasa panjang yang strategik, mapan dan telus untuk pendidikan selepas pandemik berakhir. Pernyataan Polisi ‘Pendidikan di kala wabak COVID-19: Solusi buat Malaysia’ oleh mantan Menteri Pendidikan boleh dijadikan dasar dan panduan untuk tujuan berkenaan.
b) Penubuhan ‘Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan’ (MTPK) yang akan dianggotai oleh para pemegang taruh, terutamanya wakil-wakil dari NUTP, UNICEF, WHO, KKM, pakar-pakar Pendidikan, Institusi Pengajian Tinggi, badan-badan pengkaji, NGO Pendidikan, Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, terutamanya mereka yang pernah bergelumang dalam sektor pendidikan untuk menangani masalah pendidikan pasca-pandemik yang amat serius ini melalui penghasilan pelan yang disebutkan serta memantau pelaksanaannya. Kerajaan juga hendaklah menggunakan secara maksimum kepandaian buatan (artificial intelligence) dan data raya (big data) untuk membantu menangani kemelut Pendidikan ini.
c) Pengurusan berkaitan penutupan dan pembukaan sekolah sewaktu COVID-19 hendaklah diturunkan (decentralized) kepada peringkat sekolah dan PPD dengan persetujuan ibu bapa. Sebarang keputusan yang dibuat juga hendaklah berdasarkan sains dan data dengan dipandu garis panduan oleh WHO. KPM hendaklah mempunyai pakar rujukan utama berhubung sains dan data dengan melantik pakar-pakar dari hospital-hospital Universiti Awam sebagai rujukan utama. Elakkan keputusan pukul rata atau ‘one size fits all’.
d) Kebenaran untuk Ahli Parlimen dan ADUN tanpa kira pihak kerajaan atau pembangkang untuk terlibat dengan pihak sekolah dan institusi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, dan jabatan Pendidikan Negeri di kawasan masing-masing untuk membangunkan pendidikan serta infrastruktur dan bukan untuk tujuan politik.
e) Melaksanakan Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara 2019 terutamanya berkaitan Model Pendidikan Baharu (New Education Model). Ianya perlu dibawa ke kabinet untuk diluluskan dan dilaksanakan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
f) Menghidupkan semula JK Dataraya (Big Data Committee) di KPM agar segala keputusan, dasar dan Pendidikan dapat dirumuskan dan dipandu oleh data, sains, deep analytics dan kepandaian buatan (artificial intelligence).
g) Pemberian insentif kepada para guru di dalam bentuk one-off ataupun pengecualian cukai di atas usaha dan wang ringgit yang mereka gunakan sepanjang PdPR.
h) Pelaksanaan semula ‘Program Sarapan Pagi’ percuma kepada setiap murid di sekolah seperti mana yang pernah direncanakan pada tahun 2019 apabila sekolah dibuka semula. Ini akan dapat membantu keluarga yang kini ramai tergolong dalam B50, dan juga dapat membantu para pengusaha kantin sekolah dan pembekal makanan basah ke kantin-kantin sekolah.
Reformasi Pengajian Tinggi
a) Penubuhan kembali Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) yang termaktub dalam Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546).
b) Demi menjamin kewibawaan dan kredibiliti institusi pengajian tinggi, keanggotaan Lembaga Pengurusan (LPU) Universiti Awam juga hendaklah bebas dari lantikan politik dan dihadkan hanya kepada dua penggal sahaja bagi setiap lantikan.
c) Imej ahli akademi Malaysia yang tercalar kerana isu penerbitan di jurnal pemangsa (predator journals) dan juga isu plagiarisme perlu ditangani secara sistemik. ‘Jawatankuasa Integriti Penyelidikan Kebangsaan’ yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara (2017) perlu diwujudkan segera.
d) Akta 605 perlu dipinda untuk menjamin kebebasan akademik dan menjaga integriti para akademik sepertimana yang pernah dibawakan pada tahun 2019, ianya hanya perlukan kelulusan dari Perdana Menteri tanpa perlu dibawa ke parlimen.
e) Meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh JK Pemansuhan AUKU untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan digantikan dengan undang-undang yang lebih komprehensif bersekali dengan akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
f) Meneruskan usaha penubuhan Kesatuan Pelajar di semua Institut Pengajian Tinggi.
Astro Awani
Sun Aug 29 2021
JKPPH dengan tegas memohon agar cadangan-cadangan ini dipertimbang bagi menghentikan segala krisis pendidikan yang sedang berlaku. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
SPRM tahan reman ketua kaum, salah guna wang pampasan RM455,000
Seorang ketua kaum di Sarawak ditahan reman selama lima hari oleh SPRM kerana disyaki menyalahgunakan wang pampasan penduduk rumah panjang berjumlah kira-kira RM455,000.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah
Mangsa kebakaran besar yang memusnahkan 700 buah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas Tawau berharap peruntukan RM10 juta bagi bina kembali kediaman mereka dapat disalurkan segera.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar
Kecerdasan buatan (AI) mengubah pendidikan, perkhidmatan kesihatan, blok rantai dan Malaysia menggerakkan inisiatif AI pada kadar yang paling pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini
Agihan bulanan berjumlah rm300 akan dilancarkan secara berperingkat dan memanfaatkan sekitar 100,000 penerima dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegur sikap segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga mengakibatkannya tersumbat sekaligus jadi punca berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.