KANGAR: Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
"Semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong-menolong dan membantu, selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisien ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan 'Anugerah Mualaf Contoh 2023' daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seorang mualaf, Maisarah Abdullah atau nama lainnya Kingkan Panya, di Masjid Jannatul Naim, Beseri dekat Padang Besar baru-baru ini.
Maisarah yang merupakan pemegang ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand, menerima sumbangan RM1,000 dan juga cenderamata daripada MAIPs selain sijil.
"Ibu tunggal kepada empat orang anak ini berniaga beras pulut secara kecil-kecilan bagi menyara keluarganya dan terus mendalami dan mendapat bimbingan berkaitan agama Islam di PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) Perlis," menurut kenyataan itu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 140 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Paya dan Padang Lati, masing-masing menerima RM700.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Foto Sinar Harian

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

KP1M terus terap semangat kesukarelawanan kepada generasi muda - Abdul Azeez
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang wujud atas dasar menjadikan UMNO sebuah parti bersifat lebih inklusif, akan terus menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.