PUTRAJAYA: Rakyat berkewajipan memelihara kedaulatan Malaysia daripada segala ancaman sama ada dari dalaman mahupun luaran, atas kepentingan memupuk semangat patriotisme di dalam dunia globalisasi dan ledakan teknologi maklumat kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Islam telah menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara apatah lagi jika sesebuah negara itu adalah negara umat Islam.
"Janganlah ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian dan kedaulatan di negara kita terancam, retak dan hancur.
"Semangat patriotisme juga menuntut kita agar patuh dan taat kepada pemimpin yang adil dan berpegang teguh kepada agama secara menyeluruh," katanya dalam ucapan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), secara maya hari ini.
Zulkifli berkata mutakhir ini pelbagai cara sedang dilakukan oleh musuh-musuh untuk melemahkan patriotisme ummah antaranya manipulasi fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun akidah dan pemikiran yang dilakukan dan disebarkan antaranya melalui media sosial.
Beliau berkata penjajahan minda di bawah media baharu yang canggih menjadikan ruang sosial tidak mempunyai sempadan lagi dan segala maklumat memenuhi ruang tanpa kawalan dan pemantauan yang berkesan.
"Sekiranya perkara ini kita hadapi tanpa strategi dan perancangan yang teratur, dibimbangi akan menghakiskan semangat patriotisme rakyat di negara kita," katanya.
Beliau berkata sikap tidak kasih kepada negara, memporak-perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum, dan mementingkan diri boleh menghancurkan kedaulatan bangsa dan negara.
Beliau menyeru rakyat untuk bertekad dan berazam mengisi kemerdekaan dengan pembangunan dari segenap aspek sama ada fizikal, mental dan spiritual untuk memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa.
"Pupuklah nilai keprihatinan dalam diri kita dan masyarakat berteraskan keimanan dan ketaqwaan yang sejati agar semangat persaudaraan dan kasih sayang antara satu sama lain semakin utuh dan mantap.
"Suburkanlah budaya menghargai dan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini dengan menghayati susah payah generasi terdahulu yang memperjuangkan jiwa dan raga menuntut kemerdekaan tanah air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

ZULKIFLI: Sekiranya perkara ini kita hadapi tanpa strategi dan perancangan yang teratur, dibimbangi akan menghakiskan semangat patriotisme rakyat di negara kita. - Gambar fail

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.

Viral resipi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan Zulkifli Al-Bakri tentang khasiatnya
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.

Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.

Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.

Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.

Tahi cicak tak batalkan wuduk - Dr Zulkifli
Wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.