Tiga pekerja pusat penyembelihan ayam di Pasar Besar Peremba di sini diberi masa seminggu untuk mematuhi standard halal yang melibatkan aspek menyembelih dan memproses ayam selain memastikan tahap kebersihan seluruh proses itu terjamin.
Tiga pekerja itu diberi amaran keras selepas pemeriksaan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) awal pagi Khamis mendapati mereka gagal mematuhi standard halal yang menjadi amalan biasa sembelihan.
Pemeriksaan JAIK itu mendapati kebanyakan pusat penyembelihan memendekkan tempoh pendarahan ayam yang disembelih dengan segera memasukkan ayam berkenaan ke dalam air panas sebaik saja selepas disembelih untuk diproses.
Pusat penyembelihan itu juga didapati tidak memeriksa ayam yang telah disembelih bagi memastikan telah benar-benar disembelih. Ia juga didapati tidak mencuci pisau yang digunakan selepas setiap kali sembelihan.
Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli berkata pusat penyembelihan itu dipercayai tidak mematuhi standard halal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tegas Rosyadah, biarpun sudah beroperasi selama hampir 10 tahun, pusat penyembelihan itu masih belum memperolehi sijil kelayakan menyembelih ayam.
"(Hasil pemeriksaan) memang keadaan itu tidak memuaskan, tidak sempurna. Pisau yang digunakan tidak dicelup dengan air yang bersih. Ayam yang disembelih itu juga dibaling ke dalam sebuah bekas. Kita bimbang ayam itu mati kerana lemas atau tertindih dengan ayam lain. Jadi, kita nasihatkan kepada penyembelih untuk asingkan ayam itu secara bergilir," katanya.
Ops Cara Sembelihan ini dilakukan secara bersepadu bersama beberapa agensi lain termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Kesihatan Daerah Kota Setar.
Sementara itu, pihak MBAS merampas 49 ekor ayam termasuk dua ekor ayam yang telah mati.
Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 3(a) Undang-Undang Kesil Kekotoran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983 yang membawa hukuman kompaun maksimum sehingga RM300.
Amira Suraini Che Mohamad
Thu Feb 27 2014
![Sembelihan ayam di Pasar Besar Peremba tidak patuh standard halal Sembelihan ayam di Pasar Besar Peremba tidak patuh standard halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373081128_295x200.jpg)
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah memiliki senjata api
Lelaki warga Taiwan Cheng Ming hung, 26, dan Hsueh Chun Ta, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin atas tiga pertuduhan memperdagangkan dan memiliki senjata api secara haram pada Januari lalu.
![Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739179624_DatukSeriKhawKok.jpg)
Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas
JSJN Bukit Aman menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan ibu negara pada 4 dan 9 Feb lepas.
![Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
![Genap seminggu, akhirnya mayat pemuda dikhuatiri lemas ditemukan Genap seminggu, akhirnya mayat pemuda dikhuatiri lemas ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739178151_LemasBatuTalamR.jpg)
Genap seminggu, akhirnya mayat pemuda dikhuatiri lemas ditemukan
Pemuda yang hilang dihanyutkan arus ketika mandi bersama abangnya di Sungai Kampung Badang, Raub seminggu lalu ditemui lemas pada Isnin.
Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah
Gempa bumi lemah di Kota Marudu, gegaran dirasai di beberapa kawasan
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 pada skala ricther dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 pada skala ricther dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.
Malaysia tersenarai 5 negara pencemaran plastik tertinggi
Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
![Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739167085_tbProgramMalaysiaS.jpg)
Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.
AWANI Ringkas: Razarudin vs Papagomo
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739176780_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.
[TERKINI] Istiadat Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa UM
Ikuti langsung penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan oleh Universiti Malaya (UM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![[KOLUMNIS] Telur oh telur [KOLUMNIS] Telur oh telur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649388405_TBMASHUPCHICKEN.jpg)
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
![Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659693539_TBayamraya.jpg)
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
![Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658050048_TBTANAMPOKOK.jpg)
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
![Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656920716_TBFELDA.jpg)
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
![Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813 Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557294207_AYAMJANTAN.jpg)
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
![Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450917755_PenjualAyam.jpg)
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
![Harga ayam dan Akta Persaingan 2010 Harga ayam dan Akta Persaingan 2010](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376534802_295x200.jpg)
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?