IPOH: Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.
Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata anggota yang terbabit dengan jenayah khalwat telah dikenakan tindakan buang kerja sementara satu kes berkenaan pemalsuan dokumen masih dituduh di mahkamah.
Tanpa mendedahkan secara terperinci, beliau juga berkata seramai tujuh anggota yang lain turut dikenakan tindakan tatatertib selepas dilaporkan terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dalam tempoh sama.
“Tujuh kes tatatertib melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah yang mana tiga dalam tindakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sementara empat masih dalam proses mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri di Meru Raya dekat sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Sayani mengesahkan pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat dengan sebarang kesalahan disiplin mahupun jenayah.
Kata beliau pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan dan ujian saringan air kencing secara rawak di semua Balai Bomba dan Penyelamat di negeri itu bagi mengekang gejala penyalahgunaan barang terlarang seperti dadah serta ketum.
“Mana-mana anggota yang didapati terlibat dengan kesalahan seperti jenayah penyalahgunaan dadah kita akan merujuk kepada AADK bagi mereka menjalani proses pemulihan.
“Sekiranya didapati masih melakukan jenayah itu, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin ke peringkat yang lebih serius, dan tidak terkecuali sehingga dibuang kerja. Kita memang tidak akan bertoleransi dengan mereka yang terlibat dalam kegiatan najis dadah ini,” katanya lagi.
Terdahulu Sayani menyempurnakan majlis kenaikan pangkat kepada 24 pegawai dan menyampaikan Bantuan Geran Kewangan berjumlah RM3,000 kepada 21 Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS)
Amirrul Rabbani
Wed Jun 21 2023
Sayani (tengah) berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat dengan sebarang kesalahan disiplin mahupun jenayah. - Gambar/ Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan berkata mereka dijangka tiba esok.
Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.