KUALA LUMPUR: Seramai sembilan graduan terawal Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA dari tahun 1956 hingga 1965 hadir pada Istiadat Konvokesyen universiti itu, pada Sabtu.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, mereka merupakan kumpulan graduan terawal sewaktu institusi Latihan itu mula beroperasi pada 14 oktober 1957 dan majlis konvokesyennya yang pertama pada tahun 1964.
“Mereka yang kini berusia 77 hingga 83 tahun, merupakan graduan terawal yang lahir dari Dewan Latehan RIDA, Kampus Jalan Othman.
“Kehadiran Alumni terulung ini menjadikan Istiadat Konvokesyen pada kali ini, amatlah istimewa dan sangat bermakna untuk kami.
“Ini menandakan bukti sokongan mereka kepada UiTM dalam mengukuhkan semangat dan jati diri warga Universiti terhadap misinya menjuarai Bumiputera professional,” ujarnya ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), pada Sabtu.
Beliau juga berharap kehadiran mereka dapat memberi inspirasi kepada graduan UiTM generasi baharu dalam memperkasa kualiti standing dengan graduan yang lahir dari RIDA dan Institut Teknologi MARA (ITM).
Istiadat konvokesyen UiTM berlangsung sehingga 14 Disember ini melibatkan seramai 24,714 graduan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Pada sidang pertama istiadat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan Pro-Canselor UiTM menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang termasuk Sarjana Kepakaran Perubatan kepada 125 graduan.
Sebanyak 23 sidang akan berlangsung di kampus induk, UiTM Shah Alam dengan dengan penganugerahan kepada 22,907 graduan.
Istiadat akan melabuhkan tirai di UiTM Cawangan Sarawak yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 Disember depan dengan jumlah graduan seramai 1,260 orang.
Fahmi Izuddin
Sun Nov 19 2023
Sembilan graduan terawal Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA dari tahun 1956 hingga 1965 hadir pada Istiadat Konvokesyen universiti itu, pada Sabtu.
Pelancong ke Thailand perlu isi kad ketibaan digital mulai 1 Mei
Hanya mereka yang mempunyai pasport Thailand dikecualikan daripada mengisi borang TM6, kata pegawai Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Mongkon Wimonrat.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
Ekonomi Thailand dijangka tumbuh lebih 3 peratus
Menurut Menteri Kewangan Thailand, Pichai Chunhavajira pada Isnin, pelabur asing lebih yakin terhadap negara ini dan lebih banyak pelaburan besar dijangka masuk tahun ini.
Kepengerusian tingkat integrasi ekonomi, kukuh hab serantau - Tengku Zafrul
Malaysia berpeluang memperoleh manfaat yang besar daripada kedudukan semasanya sebagai hab rantaian pembuatan dan bekalan, yang meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan dan peningkatan pelaburan asing.
ASEAN25: Signifikan lawatan negara Prabowo ke Malaysia
Membincangkan tentang lawatan Presiden Indonesia ke Malaysia bersama Dr Lili Yulyadi Arnakim, Pensyarah di Binus University, Jakarta
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Cecelia Yap tampil mohon maaf
Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini tampil memohon maaf.
Pengeluaran & keuntungan: Firma UK alami kesan terbesar sejak pandemik
Laporan yang diterbitkan pada Isnin itu adalah yang terbaharu berkenaan data ekonomi lemah yang semakin membimbangkan, dengan menteri-menteri Buruh berjanji untuk meningkatkan pertumbuhan dan melabur lebih banyak wang ke dalam perkhidmatan awam United Kingdom.
Trump 2.0: Pasaran global stabil, Malaysia raih manfaat
Penggal kedua Donald Trump membawa impak bercampur-campur kepada ekonomi global dan Malaysia. Pakar ekonomi menjelaskan bagaimana dasar pro-pertumbuhan Trump memberi manfaat kepada sektor eksport Malaysia, tetapi turut membawa risiko kepada nilai Ringgit akibat pengukuhan Dolar AS.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
Ia bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil yang mengambil bahagian dalam kontrak kerajaan untuk bekalan, perkhidmatan atau kerja.
Sembilan graduan RIDA hadir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98
"Kehadiran Alumni terulung ini menjadikan Istiadat Konvokesyen pada kali ini, amatlah istimewa dan sangat bermakna untuk kami."