LABUAN: Sembilan kontena mengandungi bekalan gula terkandas di pelabuhan kontena, Labuan Liberty Wharf sejak seminggu lepas.
Barang keperluan seberat 142.56 tan dalam kontena berukuran 10x20 kaki itu diimport dari Semenanjung untuk menampung keperluan tempatan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain berkata gula itu diimport oleh tiga pemborong iaitu Pemborong Sazarice sebanyak 71.28 tan, Pemborong Chuan Hut (47.52 tan) dan Pemborong Kelas Mahir (23.76 tan).
"Saya telah menghubungi pemborong berkenaan dan difahamkan terdapat isu yang tidak dapat diselesaikan antara pemborong dengan ejen dilantik mereka untuk membuat pelepasan dengan operator pelabuhan.
"Kami berharap mereka dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya kita dapat mencapai resolusi pada masalah kekurangan bekalan gula di pulau ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Junaidah berkata semakin lama mereka (pemborong) membiarkan bekalan gula itu terkandas di pelabuhan, caj yang perlu ditanggung juga akan bertambah.
Beliau berkata Labuan mengalami masalah kekurangan bekalan gula sejak hujung tahun lepas dengan semua pasar raya dan pasar raya besar meletakkan had pembelian kepada satu peket gula bagi setiap pelanggan.
"Adakalanya pasar raya dan pasar raya besar ini kehabisan stok gula," katanya.
Junaidah berkata KPDNHEP telah meluluskan sembilan pemborong di sini untuk mengimport gula daripada dua pembekal utama di Semenanjung iaitu Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam, Selangor dan Malayan Sugar Refinery (MSM) Perlis dan Johor.
Menurutnya, Labuan memerlukan sekurang-kurangnya 120 tan gula setiap bulan untuk bekalan kira-kira 110,000 penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Barang keperluan seberat 142.56 tan dalam kontena berukuran 10x20 kaki itu diimport dari Semenanjung untuk menampung keperluan tempatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sembilan kontena mengandungi 142.56 tan gula terkandas di Pelabuhan Labuan
Sembilan kontena mengandungi bekalan gula terkandas di pelabuhan kontena, Labuan Liberty Wharf sejak seminggu lepas.