SEGAMAT: Sembilan mangsa nahas melibatkan tiga kereta di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran dengan Tenang Stesen, Labis, dekat sini, semalam, masih menerima rawatan di Hospital Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kemalangan yang berlaku pada 5.40 petang itu, membabitkan Perodua Alza, Toyota Hilux dan Honda Jazz, turut mengakibatkan tiga wanita warga emas berusia 62, 66 dan 89 tahun, maut di lokasi kejadian.
Beliau berkata mereka yang dirawat di hospital itu terdiri daripada pemandu dan enam penumpang Perodua Alza, berusia antara setahun hingga 38 tahun.
"Turut cedera dan menerima rawatan di situ adalah pemandu dan penumpang Toyota Hilux. Bagaimanapun, pemandu serta penumpang Honda Jazz tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Zamry berkata hasil siasatan mendapati Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan menghala ke Segamat dari Johor Bahru, cuba menukar lorong daripada lorong kanan ke lorong kiri.
Ketika menukar lorong, pemandu berkenaan gagal masuk sepenuhnya ke lorong kiri jalan dan telah dilanggar dari arah belakang sebelah kiri oleh Honda Jazz yang sedang bergerak di lorong kiri tersebut, katanya.
"Akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux telah terbabas ke arah jalan bertentangan lalu melanggar Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan. Tiga penumpang Perodua Alza (tiga wanita warga emas) yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ahmad Zamry.
Katanya mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Benut, Pontian, petang ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Segamat di talian 07-932 5811.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Dalam kejadian itu, tiga penumpang Perodua Alza (tiga wanita warga emas) yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar fail/FB
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Sembilan mangsa nahas kemalangan di Labis, masih dirawat di Hospital Segamat
Sembilan mangsa nahas melibatkan tiga kereta berhampiran dengan Tenang Stesen, Labis semalam, masih menerima rawatan di Hospital Segamat.