PUTRAJAYA:Sembilan ekor orang utan Sumatera (Pongo abelii) daripada hasil rampasan aktiviti penguatkuasaan perdagangan haram hidupan liar di Semenanjung Malaysia, direpatriasi ke Jakarta, Indonesia semalam.
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata proses repatriasi itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) Indonesia.
"Penghantaran pulang orang utan Sumatera itu adalah obligasi negara di bawah peruntukan Artikel VIII, Teks Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata tujuh daripada orang utan Sumatera itu dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang diseludup masuk melalui jalan laut, manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan melalui aduan orang awam pada 2018.
Kesemua orang utan Sumatera itu ditempatkan di bawah jagaan Perhilitan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak, katanya.
"Hasil ujian deoksiribonukleik (DNA) oleh Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan Jabatan Perhilitan mengesahkan orang utan itu adalah daripada spesies Pongo abelii dan sehubungan itu, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk menerima repatriasi orang utan itu ke Indonesia," katanya.
"Inisiatif kerajaan Malaysia dalam memelihara kesemua orang utan ini dan mengembalikannya kepada negara asal membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan hidupan liar yang diseludup," tambahnya.
Shamsul Anuar berkata orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan turut disenaraikan di bawah Apendiks I dalam Akta 686 yang mana spesies itu tidak boleh diperdagangkan, sama ada diimport atau dieksport bagi tujuan komersial.
Mengenai kes perdagangan haram orang utan, beliau berkata ia melibatkan dua warga tempatan dan enam warganegara Indonesia dan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dengan satu kes telah selesai proses penghakiman.
"Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia dalam isu membanteras perdagangan haram dan kebajikan hidupan liar akan terus dipertingkatkan untuk memastikan kelestarian fauna khususnya spesies endemik seperti orang utan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020

Orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan tidak boleh diperdagangkan. - Gambar fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.

Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.

COVID-19: SFC ambil langkah proaktif lindungi Orang Utan
SFC mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempraktikkan amalan-amalan yang digariskan KKM dalam membendung penularan COVID-19 daripada menjangkiti Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020
Anugerah yang akan diterima Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Berlin, Jerman Mac ini membuktikan dunia mengiktiraf usaha Sarawak melihara dan memulihara alam sekitarnya.

Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal
Sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan.

Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan
Namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.

Pekerja estet dipenjara 12 bulan cederakan orang utan
Seorang pekerja estet warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan kerana mencederakan seekor orang utan jantan.

NGO dakwa ladang sawit ancam habitat Orang Utan
Beberapa NGO hari ini menyuarakan kebimbangan mereka tentang rancangan membersihkan tanah hutan berhampiran Hutan Simpan Hidupan Liar.