Sembilan pendaki Malaysia berlepas ke Skardu, Pakistan hari ini bagi melaksanakan ekspedisi pendakian Gunung K2 dan Puncak Gondorogo-La sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60.
Dikenali sebagai 'XPDC Merdeka Day', ekspedisi selama 17 hari sehingga 17 September itu dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Diketuai oleh Nor Afende Aminudin, XPDC Merdeka Day turut disertai Haifz Ithnin; Zuraila Abd Jalal; Mohd Izzat Mohd Zin; Muhammad Azham Ab Hamid; Maznah Baba; Khairul Nizam Minhat; Muhammad Eddy Muhammadin dan Muhammad Hakim Mat Daud.
Peserta ekspedisi akan membawa Jalur Gemilang untuk mendaki ke Kem Induk Gunung K2 dan Puncak Gondorogo-La, yang masing-masing berketinggian 5,650 meter dan 5,585 meter dari aras laut, sebelum mengibarkannya di puncak pada malam kemerdekaan.
Mas Ermieyati berkata ekspedisi anjuran Malaysia Backpakers (MBP) itu juga akan melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan peralatan sekolah kepada sebuah sekolah di kawasan Skardu, bertujuan menyokong aktiviti pendidikan dalam kalangan murid-murid di kawasan pergunungan.
Beliau berkata ekspedisi itu juga menggambarkan 'kemerdekaan' rakyat Malaysia yang mampu merentasi negara ke negara asing untuk aktiviti sukan lasak, khasnya pendakian gunung.
"Aktiviti tanggungjawab sosial yang bakal mereka lakukan juga suatu yang positif kerana mampu mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan yang tahun ini menyambut ulang tahun ke-52 hubungan diplomatik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Mas Ermieyati (tengah) bersama para peserta Ekspedisi Hari Merdeka yang akan mendaki Kem Induk Gunung K2 dan Puncak Gondorogo-La di Skardu semasa majlis pelepasan dan penyerahan Jalur Gemilang di KLIA hari ini. -- fotoBERNAMA
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Juruterbang pilih jalan darat ke Tanah Suci Mekah
Sekumpulan 17 peserta memulakan ekspedisi rentas negara sejauh 15,000 kilometer menggunakan laluan darat ke Tanah Suci Mekah.
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi pendakian Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.
Paparan kapal Titanic tidak pernah dilihat dikongsi
Paparan 80 minit dikongsikan menerusi YouTube yang mengisahkan beberapa pencapaian luar biasa dalam ekspedisi diketuai Robert Ballard.
26 pendaki rentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp
Bendera gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar dan seberat 11 kilogram itu berjaya direntangkan selepas kumpulan itu melalui trek sejauh 65km dari Lukhla ke Gorak Shep, Nepal selama 9 hari.
Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.
Sembilan pendaki cuba tawan Puncak Gondorogo-La sempena Merdeka
Ekspedisi selama 17 hari sehingga 17 September itu dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Khairil Aslan mula ekspedisi kayuhan solo jelajah Semenanjung Malaysia
Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid akan memulakan ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia selama 30 hari.
'Untuk jadi pencipta sejarah, bukan dengan jadi pengecut' - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru anak muda supaya berani tampil ke hadapan untuk mencipta rekod yang membanggakan negara.
Jenazah Shahrulnizam dijangka dibawa pulang
Jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang terkorban dalam ekspedisi ke Base Camp Everest dijangka dibawa pulang hari ini.